• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAP Pertahan Portal Berita MalaysiaKini

oleh Ahmad Albab
19/11/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tampil mempertahankan kredibiliti laporan portal berita mesra pembangkang, MalaysiaKini hari ini.

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang mendakwa MalaysiaKini melaporkan berita yang benar tentang kenyataan kontroversi “saya pun nak cari makan” oleh Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Hasan Arifin.

“MalaysiaKini telah mendedahkan Hasan menyatakan perkara itu pada minit ke-14 daripada 18 minit sidang akhbar itu berlangsung manakala media hanya dijemput makan tengah hari pada permulaan dan menjelang penghujung sidang akhbar itu.

“MalaysiaKini melaporkan bahawa Hasan juga tidak menyatakan bahawa kata-kata beliau itu adalah di luar rekod. Malaysiakini telah menerbitkan semula petikan daripada sidang akhbar tersebut,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Justeru, Guan Eng berkata, Hasan perlu berhenti merajuk daripada mengadakan lagi sidang media PAC dan tidak menyalahkan MalaysiaKini berhubung perkara itu.

Dakwanya, sebagai seorang berketurunan Melayu, Hasan boleh berkata “sila semua makan tengahari” kerana seluruh rakyat Malaysia tahu apa maksud istilah “cari makan”.

Hasan semalam menjelaskan beliau cuma berseloroh dengan para wartawan berhubung kenyataan `saya pun cari makan’ yang disebutnya pada satu sidang media di bangunan Parlimen.

Beliau membuat kenyataan itu secara spontan sebagai reaksi kepada soalan bertali-arus wartawan yang mahu tahu sama ada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan dipanggil bagi memberi keterangan berhubung 1MDB.

Ia ekoran segelintir wartawan dipercayai daripada portal berita propembangkang tetap mengasaknya dengan soalan berhubung perkara tersebut meskipun beliau sudah menamatkan sidang media dan mahu menyertai majlis makan tengahari.

Berikutan itu, Hasan membuat keputusan PAC tidak akan lagi mengadakan sebarang sidang media sebaliknya semua kenyataan PAC akan dikeluarkan secara bertulis untuk mengelakkan manipulasi berterusan. – Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]ISqvuPWM134[/wpdevart_youtube]

Tags: DAPMalaysiakini
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Veteran UMNO Desak Keluar Kerajaan, Sudah Lama Bersabar Dituduh Kuda Tunggangan DAP

Veteran UMNO Desak Keluar Kerajaan, Sudah Lama Bersabar Dituduh Kuda Tunggangan DAP

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Veteran UMNO mendesak parti itu membuat keputusan keluar dari kerajaan sekarang demi maruah Melayu dan parti. Setiausahanya,...

Sejak DAP Ada Kuasa, Sedikit Demi Sedikit Mereka Cuba Ubah – Afnan Hamimi

Sejak DAP Ada Kuasa, Sedikit Demi Sedikit Mereka Cuba Ubah – Afnan Hamimi

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden menyifatkan DAP kebelakangan ini semakin biadap dengan menyanggah titah raja...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd