• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAP Boleh Bagi Tanah 11 SJKC Tapi SIFAR Rumah Murah Rakyat!

oleh
25/11/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALKISAH semua maklum usaha Kerajaan Persekutuan untuk membina rumah mampu milik waima flat murah di Pulau Pinang amat sukar setelah negeri itu ‘jatuh’ ke tangan DAP sejak pilihan raya umum ke-12 pada 2008 lalu.

Pelbagai halangan dan kerenah birokrasi sengaja ditimbulkan oleh pihak berkuasa tempatan sama ada Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai dengan segala macam alasan remeh diberikan.

Cakap senang kerajaan negeri dikuasai DAP memang tidak mahu bina rumah murah waima flat kos rendah kerana bimbang akan memberi kesan kepada geopolitik tempatan apabila ia lebih ‘menguntungkan’ masyarakat Melayu.

sjkc2

Dengan alasan konon tanah tidak cukup, DAP sebaliknya ‘mengizinkan’ pembinaan lebih banyak kondominium mewah yang memang tidak mampu milik oleh pembeli Melayu, malah harga diskaun bumiputera pun dihapuskan.

Ia sebenarnya strategi halus ‘mengusir’ kaum Melayu sama seperti berlaku di Singapura dan hasilnya masyarakat itu terpaksa berhijrah jauh ke Sungai Petani atau Kulim di Kedah selain Bagan Serai atau Parit Buntar di Perak.

Lucunya, pada masa sama dan tanpa publisiti luas, DAP mampu pula memberi tanah kepada 10 buah sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) di sebalik isu kekurangan tanah terutama di kawasan bandar negeri tersebut selama ini.

sjkc3

Terbaharu pada 19 November, SJKC Li Tek di Gat Lebuh Macallum, George Town muncul sebagai sekolah ke-11 ditawarkan tanah dalam satu majlis penyerahan yang dirasmikan oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng sendiri.

Paling dahsyat, tanah seluas 602 meter persegi bernilai pasaran RM1.3 juta cukup ‘mengejutkan’ pelbagai pihak kerana melibatkan tanah milik Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), agensi bawah kerajaan negeri itu.

Berselindung kononnya ia merupakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR), setakat ini kerajaan negeri itu bermurah hati ‘mendermakan’ tanah seluas 17 hektar di seluruh Pulau Pinang kepada 10 buah SJKC sejak 2010.

sjkc4

Baca: Insafi Kisah Nasib Umat Melayu Islam Di Singapura

Juga: DAP Mahu Tukar Rizab Melayu, Nama Tempat Kepada Cina

Persoalannya, di manakah peranan CSR oleh PDC apabila Kerajaan Persekutuan memohon tanah bagi pembinaan rumah kos rendah dan ia sering dolak-dalik konon kekurangan tanah sehingga terpaksa menambak kawasan laut.

Apakah ini agenda tersembunyi DAP sengaja beri pelbagai alasan ‘bodoh’ enggan bina rumah mampu milik yang jauh berbeza daripada usaha kerajaan BN Pulau Pinang sebelum ini? Fikir-fikirkanlah sebelum ia terlambat!

– Mynewshub.cc

Tags: DAPPulau Pinang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Veteran UMNO Desak Keluar Kerajaan, Sudah Lama Bersabar Dituduh Kuda Tunggangan DAP

Veteran UMNO Desak Keluar Kerajaan, Sudah Lama Bersabar Dituduh Kuda Tunggangan DAP

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Veteran UMNO mendesak parti itu membuat keputusan keluar dari kerajaan sekarang demi maruah Melayu dan parti. Setiausahanya,...

Sejak DAP Ada Kuasa, Sedikit Demi Sedikit Mereka Cuba Ubah – Afnan Hamimi

Sejak DAP Ada Kuasa, Sedikit Demi Sedikit Mereka Cuba Ubah – Afnan Hamimi

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden menyifatkan DAP kebelakangan ini semakin biadap dengan menyanggah titah raja...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd