• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Chong Wei Tewaskan Lin Dan, Jumpe Chen Long Di Final

oleh Ahmad Albab
14/11/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei menamatkan rentetan lima kekalahan kepada Lin Dan, untuk memastikan tiket ke final Siri Super Premier Terbuka China di Fuzhou, esok.

Kemenangan 17-21, 21-19, 21-19 dalam aksi mendebarkan selama 92 minit itu adalah yang pertama untuk Chong Wei ke atas Lin Dan dalam tempoh 46 bulan selepas kali terakhir melakukannya di final Terbuka Korea, Januari 2012, sekali gus menjadikan rekod pertemuan mereka kepada 10-25.

Dalam aksi separuh akhir hari ini, Chong Wei menunjukkan kekentalannya selepas bangkit daripada kekalahan set pertama untuk menjinakkan lawannya yang kerap menjadi penghalangnya menjuarai kejohanan utama di Sukan Olimpik dan Kejuaraan Dunia.

Namun Chong Wei, 33, yang memburu gelaran keempatnya musim ini dan yang kedua dalam Siri Super selepas Terbuka Perancis bulan lepas, berdepan satu lagi tugas berat apabila juara dunia, Chen Long menantinya di final esok.

Chen Long, juara edisi 2010, 2012 dan 2013, mara ke final selepas menundukkan pemain Korea Selatan, Son Wan Ho 21-11, 21-17 dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Sementara itu, juara bertahan Saina Nehwal dari India mara ke final perseorangan wanita selepas menundukkan pemain tuan rumah Wang Yihan 21-13, 21-18 di separuh akhir.

Di final, Saina akan menentang seorang lagi wakil tuan rumah, Li Xuerui yang menundukkan rakan senegaranya Wang Shixian 21-14, 21-5 dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Final acara beregu lelaki akan menyaksikan pertemuan Chai Biao/Hong Wei dari China menentang wakil Korea Selatan, Kim Gi Yung/Kim Sa Rang manakala beregu wanita akan mempertemukan Misaki Matsutomo/Ayaka Takahashi dari Jepun dengan pasangan China, Tan Yuanting/Yu Yang. – BERNAMA

Tags: Lee Chong Wei
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pekerja Kilang Beras Maut Digilis Lori

Chong Wei Terkandas Di Paris

21/04/2024
0

BEKAS pemain badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei dan keluarganya terperangkap di Paris kerana banjir kilat di Dubai, Emiriah...

Adakala Muntah Di Gelanggang, Otot Kejang Ketika Balik Ke Rumah

28/12/2019
0

LEGENDA badminton negara, Datuk Lee Chong Wei hari ini mengucapkan terima kasih kepada semua jurulatih yang membantu beliau sehingga terkenal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd