• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Charles Morais Larikan Diri Melalui Tambak Johor

oleh Ahmad Albab
28/11/2015
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan adik kepada mendiang Anthony Kevin Morais, Charles Morais sudah melarikan diri keluar dari negara ini melalui Tambak Johor.

Khalid berkata, Charles melarikan diri selepas mengadakan sidang media apabila mendakwa beliau kononnya mempunyai bukti mengenai kes yang disiasat oleh mendiang abangnya sebelum mati dibunuh.

“Tindakan pengecut… sudah buat sidang media selepas itu lari. Polis mengesan dia berjaya melarikan diri melalui pintu imigresen Johor Bahru pada pukul 1.30 pagi Khamis lalu,” kata beliau lagi.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan majlis penutup Perbarisan Tamat Latihan Inspektor Siri 2/2015 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini, pagi Sabtu.

kevinmurder

Baca: Keluarga Kevin Morais Diminta Tak Sorok Maklumat

Mayat Morais ditemui di dalam sebuah tong dram berisi konkrit di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya, dekat sini pada 16 September lalu, selepas dilaporkan hilang pada 4 September.

Mendiang yang masih bujang dan berusia 55 tahun kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta di sini, untuk ke tempat kerjanya di Jabatan Peguam Negara (AGC), Putrajaya.

Enam lelaki didakwa di mahkamah atas pertuduhan membunuh Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan AGC itu manakala dua lagi, termasuk doktor tentera; dituduh bersubahat. – Agensi/Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]VYfcd-9XGBo[/wpdevart_youtube]

Tags: Anthony Kevin Morais
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Sekali Lagi Tanya Kit Siang Mana Pendrive?

30/01/2019
0

KUALA LUMPUR - Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak menuntut veteran DAP, Lim Kit Siang mengemukakan pendrive yang sebelum...

Saya Ditawar RM1.5 Juta Jika Mengaku Bunuh Kevin Morais

27/08/2018
0

KUALA LUMPUR — “Saya ditawarkan wang RM1.5 juta jika mengaku bersalah membunuh Kevin Morais,”, dedah tertuduh ketujuh dalam kes pembunuhan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd