• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bonus Setengah Bulan Gaji Kakitangan Kerajaan P.Pinang

oleh Ahmad Albab
06/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Kerajaan Negeri Pulau Pinang hari ini mengumumkan bonus setengah bulan gaji atau minimum RM700 untuk anggota perkhidmatan awam negeri.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng ketika membentangkan Bajet 2016 Negeri Pulau Pinang di Dewan Undangan Negeri di sini, berkata bayaran bonus itu akan dibuat pada Disember ini.

“Kerajaan negeri amat prihatin kepada keperluan perbelanjaan tambahan pada akhir tahun, lebih-lebih lagi dengan kenaikan kos sara hidup masa kini dan berharap pemberian bonus ini dapat sedikit sebanyak meringankan bebanan anggota perkhidmatan awam negeri,” katanya.

Beliau berkata pemberian bonus dengan kadar RM300 seorang akan turut diberi kepada penyelia dan guru KAFA, guru sekolah agama rakyat, guru sekolah menengah agama rakyat dan guru serta staf sekolah persendirian Cina.

Guru tahfiz, guru pondok dan guru tadika Islam negeri Pulau Pinang pula akan menerima bonus RM200 seorang, katanya.

“Pemberian bonus pada Disember 2015 dijangka menelan belanja sebanyak RM5.22 juta,” katanya.

Selain bonus, kerajaan negeri turut mengumumkan pengecualian cukai pintu untuk tahun 2016 kepada penghuni rumah kos rendah dan kos sederhana rendah di negeri ini. – BERNAMA

Tags: Bonus
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Engku Naimah Engku Taib, Anggota Dewan Negara Baharu

Next Post

Polis Tumpas ‘African Scam’, Tahan 2 Lelaki Nigeria

Related Posts

Bonus RM500 Untuk Semua Penjawat Awam Gred 56 Ke Bawah

Bonus RM500 Untuk Semua Penjawat Awam Gred 56 Ke Bawah

18/10/2024
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah...

Bonus Penjawat Awam Terengganu Diumum Lepas PRK Kemaman

Bonus Penjawat Awam Terengganu Diumum Lepas PRK Kemaman

27/11/2023
0

Kuala Terengganu : Bonus kepada kira-kira 14,000 penjawat awam di Terengganu akan diumumkan selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman,...

Next Post

Polis Tumpas 'African Scam', Tahan 2 Lelaki Nigeria

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd