• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bomba Sedia Bantu Tangani Kes Kecemasan Di LPT

oleh Ahmad Albab
08/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sedia bekerjasama dengan agensi lain dalam memberi bantuan dan menyelamat mangsa kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT).

Ketua Pengarahnya Datuk Wan Mohd Noor Ibrahim berkata satu alternatif yang tertumpu kepada langkah pencegahan perlu dilaksanakan di sepanjang laluan berkenaan dalam usaha mengurangkan kes kemalangan.

“Menempatkan pasukan keselamatan kecemasan di laluan itu bukanlah satu penyelesaian untuk jangka panjang bagi mengurangkan kes kemalangan termasuk kemalangan maut.

“Sebaliknya, satu kajian menyeluruh harus dilaksanakan bagi mencegah dan mengingatkan orang ramai sepanjang menggunakan lebuh raya dengan memperbanyakkan papan tanda amaran dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pemakaian pangkat dan penyerahan tugas Pengarah Bomba Terengganu, di sini hari ini.

Pada majlis itu, sebanyak 15 pegawai kanan bomba seluruh negara dinaikkan pangkat dari gred 48 hingga 54.

Wan Mohd Noor berkata setakat ini, tiada keperluan untuk pihaknya menempatkan anggota bersama jentera di lebuh raya berkenaan sebagai tindakan awal kepada kes kecemasan.

Beliau berkata kebanyakan balai bomba yang ada pada masa ini, berada di lokasi strategik dan mampu memberi respons dalam masa yang singkat.

“Balai-balai yang ada ketika ini berada tidak jauh dari LPT dan kita yakin mampu memberi tindak balas yang cepat jika berlaku kes kecemasan di laluan itu,” katanya.

Dalam perkembangan berasingan, beliau berkata pihaknya bersedia dan komited membantu Indonesia memadam kebakaran di hutan negara berkenaan, yang menjadi punca utama jerebu rentas sempadan, yang turut melanda Malaysia.

“Ketika ini keadaan jerebu semakin stabil dan setakat ini, bantuan belum dikerahkan ke Indonesia,” katanya. – BERNAMA

Tags: BombaLPT
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

05/05/2026
0

PETALING JAYA – Tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berjaya menyelamatkan seorang wanita yang mengalami insiden jari tersepit...

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

31/01/2026
0

ALOR GAJAH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka membantu menghantar seorang lelaki obes seberat 350 kilogram ke Hospital Alor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd