• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Minta Pembangkang Perjelas DAP Mahu Guna Bahasa Inggeris

oleh Ahmad Albab
18/11/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Pakatan Harapan didesak memberi penjelasan rasmi berhubung tindakan seorang Anggota Parlimen DAP mempersoalkan hak penggunaan Bahasa Inggeris (BI) dalam perbahasan Dewan Rakyat semalam.

Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan pada Rabu berkata pihaknya tertarik untuk tahu sama ada tindakan itu dipersetujui oleh kesemua parti komponen pembangkang.

Lagipun, katanya sudah terdapat banyak insiden sebelum ini yang menunjukkan pembangkang tidak menyokong kenyataan atau tindakan parti komponen sesama sendiri berhubung sesuatu isu sensitif.

“Saya tengok ini memang sudah menjadi tabiat, jadi saya minta ketua pembangkang, Datuk Seri Wan Azizah; Lim Kit Siang, dan Lim Guan Eng sebagai pemimpin DAP menjelaskan tindakan.

“Kita mahu tahu pendirian dan kedudukan rasmi mereka, sebelum BN membuat komen seterusnya,” kata beliau yang hadir di taklimat Majlis Bandaraya Johor Baharu (MBJB) mengenai banjir kilat di sini.

Beliau mengulas tindakan Chong Chieng Jen (DAP-Bandar Kuching) yang bertegas menggunakan BI ketika mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 pada persidangan Dewan Rakyat.

Chong berkata anggota parlimen Sabah dan Sarawak berhak menggunakan BI dalam dewan itu kerana konon perkara itu termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

Abdul Rahman yang merupakan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, pihaknya melihat tindakan Chong itu isu besar kerana melibatkan maruah bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Malaysia.

BN tidak mahu ia berakhir dengan ‘permainan’ semata-mata, katanya. – BERNAMA

Tags: Bahasa InggerisBNDAP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Memang sejak dulu peningkatan harga minyak disebabkan oleh faktor global, bukan kerana kerajaan sesuka hati mahu menaikkan...

Zamri Vinoth Mohon Sertai DAP?

Zamri Vinoth Mohon Sertai DAP?

06/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Selepas aktivis Tamim Dahri Abdul Razak membuat permohonan untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zamri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd