• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Penjual Tiket Bas Didakwa Ugut Pegawai SPAD

oleh Ahmad Albab
05/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Padah mengugut pegawai Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Ogos lalu, seorang bekas penjual tiket bas didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Amir Hamzah Abd Mutalib, 30, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Erry Shahriman Nor Aripin.

Tertuduh yang kini merupakan seorang penganggur didakwa menakutkan secara jenayah kepada pegawai itu, Hairul Najib Othman, 27, dengan mengugut “kau tunggu, kau belum kenal aku lagi,” yang menyebabkan ketakutan kepada mangsa.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Pudu Sentral, Jalan Pudu, Dang Wangi, di sini pada pukul 10.40 pagi, 12 Ogos lalu mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Najwa Bistamam menawarkan wang jaminan RM4,000 bagaimanapun tertuduh, yang tidak diwakili peguam, memohon mahkamah mengurangkan jumlah itu dengan alasan dia perlu menyara seorang anak berusia dua tahun dan isteri yang sedang mengandung.

Majistret Erry Shahriman membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan syarat tambahan iaitu tertuduh tidak dibenarkan mendekati mangsa.

Mahkamah menetapkan 7 Dis untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Tags: peniagaSPAD
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peniaga Bimbang Kos Meningkat, Pendapatan Tidak Naik – Shafie Apdal

Peniaga Bimbang Kos Meningkat, Pendapatan Tidak Naik – Shafie Apdal

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan kos sara hidup yang tidak seiring...

Dua Peniaga Dituduh Rogol Pelajar Universiti Dalam Kereta

Dua Peniaga Dituduh Rogol Pelajar Universiti Dalam Kereta

30/05/2025
0

MELAKA – Dua rakan yang juga penjual makanan di Klebang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd