• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Eksekutif Jualan Didakwa Terima Rasuah Berjumlah RM167,087

oleh Ahmad Albab
13/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas eksekutif jualan di sebuah syarikat barang kemas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lapan tuduhan rasuah menerima wang dan berlian berjumlah RM167,087, tiga tahun lepas.

Lai Siew Moy, 46, mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan selepas ia dibacakan di hadapan Hakim Mohd Nasir Nordin.

Bagi kesemua pertuduhan itu, Lai didakwa menerima suapan itu daripada Niket Maheskumar Parikh, seorang pembekal batu permata, melalui akaun bank CIMB milik suaminya, Peter Wong Chee Seng, sebagai upah untuk membeli berlian daripada Fine Facets (M) Sdn. Bhd., dan Rushabh (M) Sdn. Bhd., bagi pihak Elegance Club (M) Sdn. Bhd., iaitu majikannya.

Tertuduh didakwa melakukan semua kesalahan itu di CIMB Bank Bhd, Lot 23, Stesen KL Sentral dan di Elegance Club, No. 120, Jalan Maarof, Bangsar, di sini antara pukul 8 pagi hingga 5 petang, 23 Nov 2012 dan 26 Okt 2013.

Dia didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Undang-undang Malaysia 694) yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun, denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah rasuah atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohammed Heikal Ismail menawarkan wang jaminan RM30,000 bagi semua pertuduhan dengan seorang penjamin.

Tertuduh, yang tidak diwakili peguam, bagaimanapun memohon mahkamah mengurangkan jumlah itu dengan alasan dia sudah 15 bulan tidak bekerja dan bergantung sepenuhnya kepada suami untuk menanggung seorang anak yang sedang belajar di kolej dan membayar rumah dan kereta.

Hakim Mohd Nasir membenarkan tertuduh diikat jamin RM25,000 bagi semua pertuduhan dan menetapkan 14 Dis ini untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Tags: mahkamahrasuah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

13/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam dan aktivis, Siti Kasim mendakwa keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam menunjukkan bahawa mentaliti pengundi...

BB1M Bukan Lagi Dedak Selepas Jadi Baucar Buku Madani – Ka Siong

BB1M Bukan Lagi Dedak Selepas Jadi Baucar Buku Madani – Ka Siong

30/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan rasa gembira Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) tidak lagi dilabelkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd