• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas CEO 1MDB Perlu Sedia Lebih Info – PAC

oleh Ahmad Albab
27/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi perlu hadir semula ke prosiding Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) pada Isnin depan.

Shahrol yang disoal selama lebih empat jam perlu memberi maklumat lanjut kepada PAC sebelum penggantinya, Arul Kanda Kandasamy tampil sebagai saksi di hadapan jawatankuasa Parlimen itu pada hari berikutnya.

“PAC mendengar keterangan Shahrol Azral mengenai kawalan tadbir urus 1MDB bermula daripada Pihak Berkuasa Pelaburan Terengganu (TIA) 2009 sehingga kepada penubuhan 1MDB secara rasmi pada September 2009.

“PAC juga mendengar keterangan Shahrol Azral berhubung penubuhan syarikat usahasama 1MDB-Petrosaudi,” kata Pengerusi PAC, Datuk Hasan Arifin menerusi kenyataan pada Rabu.

Kenyataan itu dibuat selepas prosiding PAC berhubung isu 1MDB di Parlimen.

Turut hadir pada prosiding itu ialah Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pelaburan), Datuk Dr Mohd Isa Mohd Hussain yang mewakili Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar dan Ketua Perundangan 1MDB, Ivan Chen.

PAC juga akan memanggil bekas CEO 1MDB dari April 2013 hingga Disember 2014, Hazeem Abdul Rahman pada 14 Disember depan; bekas Pengerusi Lembaga Pengarah 1MDB, Tan Sri Mohd Bakke Salleh serta bekas Ahli Lembaga Pengarah 1MDB, Tan Sri Azlan Zainol pada 15 Disember dan Pengerusi Lembaga Pengarah syarikat itu, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin.

Prosiding pertama membabitkan syarikat itu telah diadakan pada 19 Mei lepas manakala prosiding kedua pada 10 Jun dan ketiga pada 17 Jun lepas. – mStar

[wpdevart_youtube]43touSCvkTI[/wpdevart_youtube]

Tags: 1MDBPAC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

27/12/2025
0

Oleh Mynewshub Selama lebih dua dekad, isu Independent Power Producers (IPP) menjadi antara “bom jangka” terbesar dalam struktur ekonomi dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd