Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

“Perhimpunan Agung UMNO Boleh...

KUALA LUMPUR - Hubungan yang semakin baik antara Presiden UMNO Datuk Seri Najib...

AS Dakwa Russia Pintas,...

WASHINGTON – Sebuah jet pejuang Russia didakwa memintas dron MQ-9 Reaper milik Tentera...

TLDM Naik Taraf &...

KUALA LUMPUR - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hari ini melancarkan dan menaik...

Rakyat Thai Mula Sambut...

BANGKOK – Mulai hari ini, rakyat Thailand merayakan ‘Songkran’ (Pesta Air) bagi menyambut...

Bayar Bil Tertunggak Segera, Elak Pemotongan Bekalan Air – Syabas

KUALA LUMPUR – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) hari ini mengingatkan pengguna supaya menjelaskan bil air tertunggak dengan segera bagi mengelakkan tindakan pemotongan bekalan air.

Kenyataan Syabas hari ini menyebut bahawa operasi pemotongan bekalan air ke atas pelanggan yang mempunyai akaun tertunggak akan bermula esok di kawasan Petaling, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Sabak Bernam, Sepang, Hulu Langat, Klang, Shah Alam dan Gombak.

Menurut Syabas, notis pemotongan akan dikeluarkan kepada mana-mana pelanggan yang gagal menjelaskan bil air tertunggak manakala caj sebanyak RM35 masing-masing untuk pemotongan dan penyambungan semula bekalan akan dikenakan sekiranya tindakan telah diambil.

Caj berkenaan adalah caj tetap perkhidmatan yang dikenakan Syabas terhadap pengguna seperti diwartakan kerajaan Selangor di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (AIPA 2006).


Pengguna boleh mendapat maklumat lanjut mengenai lokasi serta kemudahan pembayaran bil air dengan melayari laman sesawang www.syabas.com.my atau memuat turun aplikasi telefon pintar mySYABAS secara percuma dari Google Playstore dan Appstore. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori