• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir: Peperiksaaan SPM Berjalan Lancar

oleh Ahmad Albab
25/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sedang berlangsung berjalan lancar termasuk di negeri-negeri yang dilanda banjir, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata laporan yang diterima kementerian setakat ini hanya sekolah rendah yang terlibat dengan banjir.

“Sekolah rendah tidak ada masalah memandangkan musim cuti sekolah telah bermula,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Ekspo Buku Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Negeri-negeri yang dilaporkan dilanda banjir ialah Perak, Selangor dan Sarawak.

Sejumlah 440,682 calon mendaftar menduduki peperiksaan SPM 2015 yang berlangsung daripada 2 Nov hingga 8 Dis ini.

Mahdzir berkata kementerian itu telah membuat persiapan rapi bagi menghadapi kemungkinan peperiksaan SPM akan terjejas akibat banjir.

“Kita sudah buat Plan A dan Plan B, kalau berlaku banjir melibatkan sekolah menengah yang menjadi pusat peperiksaan SPM, kita tahu apa hendak dibuat berdasarkan pengalaman lepas,” katanya.

Sementara itu, ekspo yang bermula hari ini sehingga 29 November menghimpunkan 150 gerai disertai 50 syarikat penerbit serta pengedar buku dari Malaysia, Indonesia, Brunei dan China. – BERNAMA

Tags: BanjirMahdzir KhalidSPM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

Semua Aliran Pendidikan Termasuk Sekolah Agama, UEC Wajib Ambil BM, Sejarah Dalam SPM – PM Anwar

Semua Aliran Pendidikan Termasuk Sekolah Agama, UEC Wajib Ambil BM, Sejarah Dalam SPM – PM Anwar

20/01/2026
0

PUTRAJAYA: Semua sekolah pelbagai aliran pendidikan termasuk sekolah antarabangsa, sekolah agama serta sekolah dalam aliran Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) diwajibkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd