• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Badrul Hisyam Perlu Terus Fokus Jadi Pelari Pecut Terbaik

oleh Ahmad Albab
27/11/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

JASIN – Seorang guru yang bertanggungjawab memperkenalkan pelari pecut muda negara Badrul Hisyam Abdul Manap dengan sukan olahraga mahu permata baharu negara itu terus fokus untuk menjadi pelari pecut terbaik.

Noraziah Kassim, 41, mahu Badrul Hisham terus fokus dengan usaha gigih dan semangat juang tinggi yang dilihatnya sendiri sejak pelari itu berusia sembilan tahun.

Beliau yang juga guru sukan olahraga ketika Badrul Hisyam menuntut di Sekolah Kebangsaan Batu Gajah di sini berkata bakat dan potensi anak muda itu dalam sukan olahraga terserlah sejak kecil sekali gus dipilih menyertai Program Pembangunan Sukan melalui Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia.

“Bakat semulajadinya berlari dengan pantas tidak boleh dinafikan, dia juga seorang yang aktif, ketara sangat berbanding pelajar lain. Kemahuannya untuk berjaya dalam bidang olahraga sangat tinggi dan dia mempunyai fokus serta hala tuju dalam bidang ini,” katanya kepada Bernama.

Badrul Hisham melakar sejarah memadam rekod 17 tahun acara 100 meter kebangsaan milik Watson Nyambek dengan catatan 10.29s, 0.01 saat lebih pantas daripada rekod milik Watson, di Kejohanan Sukan Sekolah ASEAN 2015 di Brunei pada Isnin lepas.

Anak jati Melaka berusia 18 tahun itu meneruskan penguasaannya dalam acara pecut apabila memecahkan rekod kejohanan miliknya sendiri 21.61s bagi acara 200m yang dilakukannya tahun lepas, dengan catatan 21.39s untuk menrangkul pingat emas keduanya Selasa lepas.

Noraziah berkata beliau sering mengingatkan Badrul Hisyam bahawa dia perlu bersungguh-sungguh dalam bidang sukan dan tidak boleh melakukannya sekerat jalan.

Katanya, kejayaan anak didiknya itu membuktikan usahanya memujuk keluarga Badrul Hisyam untuk menyertai olahraga tidak sia-sia dan berharap ia adalah tiket untuk anak muda itu terus berjaya dalam hidup dan masa hadapan yang cerah.

“Banyak lagi cabaran yang perlu ditempuhinya. Sekarang ini dia telah berjaya melepasi fasa yang mana ada pihak sebelum ini memperkecilkan kebolehannya, yang penting dia perlu berjaya,” katanya.

Noraziah berkata beliau sentiasa bersama Badrul Hisyam ketika menjalani latihan sebelum pelari pecut itu berpindah ke Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail Bandar Penawar Johor untuk meneruskan pelajaran di tingkatan empat. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]NpVw6ZEpOTE[/wpdevart_youtube]

Tags: Badrul Hisyam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Saingan 100M Lelaki Tanpa Kelibat Badrul Hisyam

17/09/2018
0

IPOH – Saingan acara 100 meter lelaki peringkat separuh akhir Sukan Malaysia (SSUKMA) 2018 yang berlangsung di Stadium Perak, hari...

KOM Sah Tak Iktiraf Rekod 10.29s Milik Badrul Hisyam

27/01/2016
0

KUALA LUMPUR - Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) memutuskan bahawa catatan masa 10.29s dalam acara 100m yang dilakukan Badrul Hisyam Abdul...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd