• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

B.Inggeris: Adenan Minta Pengkritik Bersikap Realistik

oleh Ahmad Albab
24/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAU – Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem meminta pihak yang mengkritik keputusan beliau menjadikan Bahasa Inggeris, selain Bahasa Malaysia, sebagai bahasa perantaraan rasmi kerajaan negeri supaya bersikap realisik dengan mengakui bahasa itu merupakan bahasa antarabangsa.

Beliau turut menegaskan keputusannya itu tidak bererti Bahasa Malaysia akan dipinggirkan sebaliknya berkata kedua-dua bahasa tersebut akan diguna pakai bersama.

“Anda tidak boleh nafikan bahasa Inggeris adalah bahasa antarabangsa, tidak boleh dinafikan, saya memang bersikap realistik kerana jika kita tidak bersama-sama dalam perkara itu kita akan ketinggalan di belakang.

“Dan anda lihat saya tidak mengatakan bahasa Inggeris akan menggantikan Bahasa Malaysia..tidak…kita akan terus dengan Bahasa Malaysia, kita akan membangunkan kedua-dua bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Warta Rizab Komunal Bumiputera Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri (KTN), Surat Hak Milik Tanah Seksyen 18 KTN, dan Cek Pampasan Tanah di Dewan Suarah Bau hari ini.

Adenan berkata demikian ketika diminta mengulas kritikan pelbagai pihak selepas beliau mengumumkan kerajaan negeri akan membenarkan urusan surat-menyurat rasmi dilakukan dalam bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia.

Semalam, Penasihat Sosio Budaya Kerajaan Tan Sri Dr Rais Yatim berkata langkah kerajaan Sarawak itu dilihat boleh menimbulkan bibit-bibit perpecahan dalam kalangan masyarakat. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]MeIfF28SdGc[/wpdevart_youtube]

Tags: Adenan Satem
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Namakan Lapangan Terbang Kuching Sempena Adenan

05/04/2017
0

KUCHING - Seorang bekas menteri Sarawak, Tan Sri Leonard Linggi Jugah hari ini mencadangkan supaya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di...

Watson Nyambek Bantu Calon BN PRK Tanjong Datu

12/02/2017
0

KUCHING - Sokongan padu rakyat dan cetusan semangat terus diberikan kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd