• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azmin Akui Kelemahan Dalam Pemberian Air Percuma

oleh Ahmad Albab
14/11/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin mengakui wujudnya kelemahan dalam pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu kepada rakyat negeri ini terutamanya yang tinggal di pangsapuri, sebelum ini.

Ini kerana ada penduduk di kawasan perumahan itu gagal menikmati insentif berkenaan berikutan masalah penukaran meter pukal kepada meter individu.

“Kita telah lancarkan program migrasi dari meter pukal kepada individu tetapi ada masalah kerana Syabas (Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd) kenakan kos begitu tinggi untuk tukar meter ini.

“Oleh itu, kerajaan negeri ambil langkah proaktif…nak tukar meter terlalu mahal, maka kita beri kupon. Kita juga ada sistem lapor dan dapat. Jika pengguna tidak dapat (insentif air percuma), dia lapor dan dapat (air percuma),” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini, hari ini.

Mohamed Azmin (PKR-Bukit Antarabangsa) berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Shamsudin Lias (BN-Sungai Burong) sama ada kerajaan negeri akan membayar rebat atau saguhati kepada rakyat Selangor yang gagal menerima skim pemberian air percuma sejak ia diperkenalkan pada 2008.

Sementara itu, bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kenaikan tarif air yang akan dilaksanakan kerajaan Selangor tidak munasabah kerana tindakan itu bercanggah dengan hasrat pengambilalihan industri perkhidmatan air di negeri ini.

“Saya amat terkejut dan terkilan dengan perubahan mendadak dasar-dasar awam seumpama ini memandangkan antara sebab asal utama penstrukturan semula indusri air dilaksanakan adalah supaya rakyat boleh menikmati perkhidmatan air yang lebih efisien dan pada tarif yang berpatutan.

“Mengikut perancangan awal, kenaikan tarif hanya akan dipertimbang selepas tiga hingga empat tahun industri perkhidmatan air Selangor berjaya distruktur semula sepenuhnya manakala sebarang kenaikan dijamin tidak akan melebihi 12 hingga 15 peratus setiap tiga tahun,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata sebagai pemilik mutlak, kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk menetapkan kaedah penetapan harga dan kos di setiap peringkat operasi sebagai strategi mengawal kos operasi itu, sekali gus dapat mengelakkan kenaikan tarif air.

Semalam, Mohamed Azmin memberitahu sidang DUN bahawa kerajaan negeri tetap menaikkan tarif air setelah proses pengambilalihan keempat-empat syarikat konsesi air di negeri ini selesai. – BERNAMA

Tags: Azmin Alibekalan air
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mudah Rakyat Johor Berhubung Dengan Pemangku Sultan

Mudah Rakyat Johor Berhubung Dengan Pemangku Sultan

01/08/2025
0

Terputus bekalan air ni satu isu...yang InsyaAllah pastinya akan diatasi Baginda Tuanku dengan pentadbiran negeri tidak lama lagi. Dapat dilihat...

Perak Setuju Bekal Air Kepada Pulau Pinang – PM

Perak Setuju Bekal Air Kepada Pulau Pinang – PM

05/05/2024
0

GEORGETOWN: Kerajaan Perak bersetuju membekalkan air kepada Pulau Pinang melalui Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian ke Seberang Perai. IKUTI CHANNEL...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd