• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aset Tambahan, Komitmen Kerajaan Banteras Aktiviti Haram Di Selat Melaka

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA PERLIS – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan menggunakan enam kapal peronda baharu yang akan diterimanya tahun depan bagi meningkatkan pengawasan di Selat Melaka dalam usaha memastikan kawasan perairan berkenaan lebih selamat untuk kapal dagang.

Ketua Pengarah APMM Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar berkata Bajet 2016 meluluskan pembinaan dua kapal besar sepanjang 80 meter yang boleh mengangkut helikopter berharga RM864 juta, sebagai komitmen kerajaan memastikan keselamatan dan ketenteraman negara terpelihara.

Kapal sepanjang 44 meter yang menelan kos RM380 juta itu dibina dalam negara dan dijangka diserahkan kepada agensi itu, akhir tahun depan, katanya kepada Bernama di sini.

“Ancaman di laut bukan sekadar membanteras pencerobohan nelayan asing malah lebih besar seperti rompakan dan aktiviti pengganas.

“Dari aspek keselamatan dan strategik, penambahan aset ini sangat penting dan meningkatkan keberkesanan menangani ancaman di laut. In syaa-Allah kesan positif aktiviti ekonomi di selat Melaka akan dapat dilihat,” katanya.

Beliau berkata Selat Melaka merupakan antara laluan antarabangsa paling sibuk di dunia. Pada tahun lepas sahaja sebanyak 77,000 kapal dagang melalui selat itu.

“Dari segi ekonomi, lebih 5 trilion US Dollar hasil eksport melalui Selat Melaka. Jika mengambil kira aktiviti bot, feri dan pelancongan, jumlah vesel yang berada di perairan selat Melaka tidak kurang 100,000 buah kapal setahun.

“Walaupun Malaysia kecil, kita perlu menunjuk dan meyakinkan kepada dunia bahawa sumbangan kita untuk pertumbuhan ekonomi serantau dan dunia cukup besar,” kata Ahmad Puzi.

Beliau berkata APMM juga merancang memasang radar di kawasan ‘panas’ seperti Pulau Perak dan Pulau Jarak dalam perairan Perak untuk mengesan kemasukan kapal khususnya pencerobohan nelayan asing.

Penggunaan radar di kawasan pantai timur memberi kesan positif terhadap pengawasan pergerakan kapal selain dapat menjejaki kapal-kapal yang melakukan aktiviti haram, katanya.

Ahmad Puzi berkata APMM juga sentiasa menjaga hubungan baik dengan nelayan tempatan kerana mereka banyak menyalurkan maklumat aktiviti haram atau jenayah di laut.

“Bagi memastikan hubungan ini berjalan baik kita menganjurkan banyak program membabitkan nelayan termasuk melatih mereka menggunakan set radio perhubungan selain menghubungi APMM melalui nombor 999.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Bank Simpanan Nasional (BSN) kerana menyumbang set radio kepada nelayan pantai yang memudahkan mereka melapor sebarang aktiviti haram atau jenayah di laut kepada kami, tambahnya. – BERNAMA

Tags: APMMKerajaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Patut Dipersoal Cadang Dasar 30% Ekuiti Tidak Adil Sejak Awal – Siti Kassim

Kerajaan Patut Dipersoal Cadang Dasar 30% Ekuiti Tidak Adil Sejak Awal – Siti Kassim

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam dan aktivis, Siti Kassim berpandangan kerajaan sepatutnya dipersoalkan kerana mencadangkan dasar berkaitan syarat 30 peratus ekuiti...

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Gesa Kerajaan Perjelas Pengguguran Ekuiti Bumiputera

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Gesa Kerajaan Perjelas Pengguguran Ekuiti Bumiputera

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) menggesa kerajaan memberikan penjelasan rasmi dan konsisten berhubung keputusan menggugurkan syarat pemilikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd