• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Asean Setuju Pertukaran Maklumat Cegah Jerebu

oleh Ahmad Albab
03/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Asean bersetuju mempertingkatkan penggunaan satelit melalui Pusat Meteorologi Khas Asean (ASMC) yang berpusat di Singapura bagi memastikan maklumat mengenai kebakaran di rantau ini dapat disampaikan secara meluas.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, ianya bagi memastikan tindakan pencegahan jerebu dapat dijalankan dengan lebih berkesan, serta usaha memadamkan kebakaran dapat dijalankan di peringkat awal.

Perkara itu dipersetujui dalam Persidangan Pihak-Pihak Perjanjian Asean Mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan ke-11 di Hanoi, Vietnam pada Khamis lepas.

“Kita ingin memperkasakan pertukaran maklumat awal ini supaya apabila disampaikan kepada negara-negara Asean, semua negara dapat bekerjasama untuk mengatasi dan memadam kebakaran di peringkat awal,” katanya semasa menjawab soalan Datuk Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Johari ingin tahu tindakan negara Asean dari segi kepakaran dan fasiliti untuk menyelesaikan masalah jerebu yang melanda rantau ini baru-baru ini.

Wan Junaidi berkata Indonesia turut memberi jaminan untuk membuat persediaan dan tindakan menangani kebakaran hutan secara serius supaya tidak berulang lagi pada tahun depan.

Indonesia juga menyatakan kerjasama dengan Malaysia untuk menangani jerebu rentas sempadan termasuk mengambil tindakan susulan untuk memuktamadkan draf Memorandum Persefahaman (MoU) yang telah dikemukakan untuk persetujuan bersama, katanya.

Selepas kira- kira dua bulan keadaan berjerebu melanda seluruh negara, kualiti udara di kebanyakan tempat di seluruh negara menunjukkan pemulihan yang ketara sejak Khamis lepas.

Jerebu yang melanda negara kini semakin pulih berikutan semakin banyak kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap sihat. – BERNAMA

Tags: ASEANJerebu
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kelantan Tubuh Jawatankuasa NGO Urus Hal Berkaitan Banjir

Next Post

Video: Pencuri Rembat iPhone Guna Dawai Halus

Related Posts

Cadangan Kerja Dari Rumah, PdPR Ketika Sidang Kemuncak ASEAN Dibawa Ke Kabinet

Cadangan Kerja Dari Rumah, PdPR Ketika Sidang Kemuncak ASEAN Dibawa Ke Kabinet

17/04/2025
0

SEPANG: Cadangan kerja dari rumah dan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) ketika Sidang Kemuncak ASEAN pada Mei dan...

Negara ASEAN Akan Hantar Lebih Banyak Bantuan Ke Myanmar Susulan Gempa Bumi Dahsyat

Negara ASEAN Akan Hantar Lebih Banyak Bantuan Ke Myanmar Susulan Gempa Bumi Dahsyat

01/04/2025
0

PUTRAJAYA: Lebih banyak bantuan dan sokongan dari negara anggota ASEAN dijangka tiba di Myanmar pada Selasa bagi membantu operasi menyelamat...

Next Post

Video: Pencuri Rembat iPhone Guna Dawai Halus

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd