• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Arab Saudi Haram Rakam Gambar, Video Dalam Sekolah

oleh
09/01/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

JEDDAH – Kementerian Pendidikan Arab Saudi mengharamkan semua guru, pegawai pentadbiran, ibu bapa waima pelajar sendiri daripada mengambil gambar foto atau merakamkan video di dalam kawasan sekolah.

Menurut laporan portal berita tempatan Arabnews, pengharaman itu dikenakan ke atas semua sekolah awam, swasta dan juga tadika kecuali mereka yang memiliki dokumen sah sahaja dibenarkan berbuat demikian.

Jurucakap kementerian tersebut menyatakan bahawa undang-undang itu sebenarnya sudah pun digubal 15 tahun lalu apabila telefon bimbit canggih yang dilengkapi dengan kemudahan kamera mula menjadi semakin popular.

Namun, pihak sekolah dan kebanyakan guru jarang mematuhi larangan itu. Mereka yang berminat dalam merakam kegiatan sekolah perlu melantik seorang kakitangan terlatih untuk menyelia semua kegiatan tersebut.

saudi school1

Gambar foto atau video yang diambil pula mestilah atas tujuan dokumentasi rasmi acara sekolah berkenaan serta rakaman visual itu mestilah dengan menggunakan kamera hak pentadbir sekolah dan bukan milik persendirian.

Tindakan tegas akan dikenakan terhadap mereka yang didapati gagal untuk mematuhi undang-undang larangan tersebut, menurut kenyataan rasmi daripada kementerian itu yang dipetik oleh sebuah penerbitan tempatan.

Laporan Arabnews juga mendedahkan, pengharaman itu dikuatkuasakan selepas beberapa gambar dan video sensasi menunjukkan guru memukul pelajar meskipun pihak kementerian telah melarangnya sama sekali.

Dianggarkan terdapat lebih empat juta pelajar dan kira-kira 300,000 guru berkhidmat dalam sistem pendidikan Arab Saudi sejak peringkat tadika sehingga ke sekolah menengah di seluruh negara. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Arab Saudi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

18/04/2026
0

JEDDAH – Perjuangan wakil negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam kempen AFC Champions League Elite 2025/26 berakhir di peringkat suku...

Kilang Petrokimia Gergasi Arab Saudi Terbakar

Kilang Petrokimia Gergasi Arab Saudi Terbakar

07/04/2026
0

Oleh Mynewshub   JUBAIL – Sebuah kebakaran besar dilaporkan berlaku di kawasan perindustrian Jubail, Arab Saudi, yang merupakan antara hab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd