• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

APMM Tahan 27 Tekong Dan Awak-Awak Warga Vietnam

oleh Ahmad Albab
27/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan 27 tekong dan awak-awak warga Vietnam selepas memeriksa empat bot nelayan asing yang didapati menceroboh kawasan perairan negara untuk menangkap ikan.

Pengarah Operasi Daerah Maritim Kuching, Komander Maritim Shahref Steve Mac Queen Abdullah berkata bot-bot itu dikesan oleh Kapal Maritim Malaysia DM11 sekitar pukul 9 pagi pada kedudukan kira-kira 170 batu nautika dari Tanjung Sipang, di sini, Selasa lepas.

Beliau berkata semasa ditahan, bot nelayan yang didapati mengibarkan bendera Indonesia bagi tujuan mengelirukan pihak berkuasa didapati sedang menangkap ikan menggunakan kaedah pukat tunda Ganding yang diharamkan penggunaannya di Malaysia.

“Semua mereka didapati tidak mempunyai pengenalan diri atau dokumen perjalanan. Kejayaan tangkapan ini adalah hasil risikan dan maklumat orang ramai,” katanya pada sidang media di Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (Komtas) di Muara Tebas, di sini hari ini.

Katanya mereka yang ditahan berumur antara 19 dan 40-an dibawa ke Komtas semalam untuk siasatan lanjut dan sekiranya disabit kesalahan, tekong boleh dikenakan denda sehingga RM1juta seorang, manakala awak-awak dikenakan denda RM100,000 seorang bagi kesalahan menceroboh dan menangkap ikan secara haram.

Beliau berkata rampasan membabitkan empat bot dan peralatan menangkap ikan itu dianggar bernilai RM4.2 juta, dan tindakan penguatkuasaan itu merupakan kejayaan terbesar APMM di sini tahun ini.

Sementara itu Shahref berkata bulan depan APMM Daerah Maritim Kuching akan menambah sebuah lagi kapal maritim untuk mengawasi dan memantau semua kapal yang keluar masuk sekitar perairan sini, menjadikan jumlahnya kini empat.

Katanya ia bertujuan meningkatkan tahap pengawasan dan penguatkuasaan ke tahap yang lebih tinggi terutama di kawasan perairan Tanjung Manis.

Beliau juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai perbuatan jenayah atau kecemasan di kawasan maritim supaya menghubungi hotline APMM 082-432544.- BERNAMA

[wpdevart_youtube]JBWDEeZHV-M[/wpdevart_youtube]

Tags: APMM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Zahid Ketuai Senarai Penerima Darjah Kebesaran Sultan Perak

Next Post

Bapa Ummi Nazeera Dipenjara 31 Tahun

Related Posts

Laskar Kanan APMM Didakwa Terima Wang Tunai RM10,700

Laskar Kanan APMM Didakwa Terima Wang Tunai RM10,700

09/12/2024
0

Johor Bahru : Seorang Pegawai Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru di sini atas enam...

Pegawai APMM Pertingkat Teknik Penahanan di Perairan

Pegawai APMM Pertingkat Teknik Penahanan di Perairan

17/02/2023
0

KUALA LUMPUR, 17 Feb -- Seramai 18 tenaga pengajar dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah mengikuti latihan menangkap penjenayah...

Next Post

Bapa Ummi Nazeera Dipenjara 31 Tahun

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd