KUALA LUMPUR – Syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia membolot Anugerah Penerbangan Terbaik dan Anugerah Khas Menteri pada majlis Anugerah Pelancongan Sabah 2015, Sabtu lepas.
Dalam satu kenyataan hari ini, AirAsia menyifatkan kejayaan itu sebagai satu pengiktirafan di atas sumbangannya dalam industri pelancongan Sabah.
Ia juga berkait rapat dengan usaha AirAsia mengembangkan perkhidmatan penerbangan secara langsung ke Sabah di peringkat domestik serta antarabangsa.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Aireen Omar berpuashati kerana pelaburan besar syarikat itu bagi membangunkan Sabah sebagai hab utama AirAsia, kini ternyata membuahkan hasil.
“Kita mempunyai rancangan besar-besaran bagi Sabah dan menyasarkan peningkatan penumpang daripada tiga juta sekarang kepada sekurang-kurangnya 12 juta pada masa depan.
“Sabah sememangnga berpotensi besar untuk muncul hab utama serantau dan kita mahu merealisasikannya,” katanya. – BERNAMA
[wpdevart_youtube]CbRbb_xLoeU[/wpdevart_youtube]

