• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

8 Warga Tempatan Dipercayai Kumpulan Pengganas Ditahan

oleh Ahmad Albab
03/11/2015
dalam Hangat, Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis menahan lapan warga tempatan yang disyaki terlibat dalam kumpulan pengganas dalam satu operasi yang dijalankan serentak di Selangor, Perak dan Johor pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata dalam operasi yang dilakukan oleh Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas itu, polis menahan enam suspek disyaki terlibat menganggotai kumpulan Tandzim Al Qaeda Malaysia manakala dua lagi mempunyai kaitan dengan pengganas Negara Islam (IS).

Kesemua suspek berusia antara 22 hingga 36 tahun, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, dua suspek masing-masing bekas penjawat awam dan bekas juruelektrik pernah ditahan di Lubnan pada Oktober 2012 kerana cuba untuk menyusup masuk ke Syria bagi menyertai kumpulan pengganas.

“Mereka diiringti pulang ke Malaysia oleh pasukan khas Bahagian Counter Terrorism Jumaat lepas dan ditangkap setiba di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA), Sepang, Selangor,” katanya.

Khalid berkata empat suspek lain ditangkap merupakan saki-baki anggota kumpulan Tandzim Al Qaeda Malaysia yang masih bersembunyi selepas operasi tangkapan ke pemimpin-pemimpin kanan kumpulan itu pada Februari 2013.

Katanya dua lagi suspek merupakan penjawat awam yang disyaki terlibat dalam kumpulan IS dan giat menyebarkan ideologi kumpulan pengganas dalam kalangan penjawat awam di jabatan terbabit.

Kesemua suspek ditangkap kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Bab VIA-Kesalahan Berkaitan Keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah- Langkah Khas) 2012 (Akta 747), katanya. – BERNAMA

Tags: ISIslamic Statepengganaspolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd