• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

731 Premis Di Hulu Selangor Terjejas Bekalan Air

oleh Ahmad Albab
05/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 731 premis di beberapa kawasan di Hulu Selangor, Selangor terjejas bekalan air akibat pencemaran ammonia di Sungai Selisek.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Pengurusan Air Selangor, Amin Lin Abdullah berkata, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (SYABAS) terpaksa menutup loji rawatan air Selisek disebabkan itu tersebut.

“Penutupan loji yang tidak dapat dielakkan telah mengganggu bekalan air kepada 731 buah premis di beberapa kawasan di Hulu Selangor.

“SYABAS telah mengambil tindakan proaktif bagi mengurangkan kesulitan kepada pengguna yang terlibat melalui penghantaran bantuan bekalan air kecemasan menerusi lori tangki,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Amin Lin berkata, kawasan terlibat adalah Kampung Sungai Nilam/Kampung Seri Pagi; Kampung Lalang Sungai Selisek; Rumah Murah Pkt 2 Sungai Selisek; Kampung Serigala Sengai Selisek; Kampung Orang Asli Serigala Sungai Selisek; Kampung Bahom Sungai Selisek; Kampung Sekolah, Kuarters Klinik dan Kampung Gesir Tengah Sungai Selisek.

“Loji rawatan air akan beroperasi semula apabila paras kandungan ammonia di air sungai terkawal,” katanya.

Orang ramai boleh memantau perkembangan terkini melalui aplikasi telefon mudah alih mySYABAS dan laman sesawang www.syabas.com.my. – MYNEWSHUB.CC

Tags: bekalan air
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mudah Rakyat Johor Berhubung Dengan Pemangku Sultan

Mudah Rakyat Johor Berhubung Dengan Pemangku Sultan

01/08/2025
0

Terputus bekalan air ni satu isu...yang InsyaAllah pastinya akan diatasi Baginda Tuanku dengan pentadbiran negeri tidak lama lagi. Dapat dilihat...

Perak Setuju Bekal Air Kepada Pulau Pinang – PM

Perak Setuju Bekal Air Kepada Pulau Pinang – PM

05/05/2024
0

GEORGETOWN: Kerajaan Perak bersetuju membekalkan air kepada Pulau Pinang melalui Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian ke Seberang Perai. IKUTI CHANNEL...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd