• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

6 Keluarga Mangsa Kebakaran Ditawarkan Rumah PPR

oleh Ahmad Albab
23/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Enam keluarga mangsa kebakaran termasuk dua pemilik bangunan rumah kedai di Kampung Bemban dekat Tanjung di sini boleh menarik nafas lega apabila UMNO Bahagian Kuala Terengganu menawarkan mereka rumah sewa yang baharu.

Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu Datuk Mohd Sabri Alwi berkata pihaknya menawarkan enam unit rumah sewa melalui Program Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran milik Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT).

“Saya berharap bantuan yang dihulurkan itu sekurang-kurangnya dapat meringankan beban mangsa kerana ada di antara mereka masih menginap di balai raya manakala sebahagiannya pula terpaksa bersesak di rumah saudara dan anak, ini pastinya tidak berapa selesa untuk mereka.

“Kita permudahkan urusan mereka mendapatkan rumah sewa di PPR Hiliran ini walaupun mangsa tidak pernah membuatkan membuat sebarang permohonan melalui e-perumahan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Surat Tawaran Rumah kepada mangsa kebakaran di Pejabat UMNO Bahagian Kuala Terengganu, di Gong Kapas di sini hari ini.

Mohd Sabri berkata, usaha lain akan diteruskan termasuk mendapatkan kediaman sewa beli, sekiranya kerajaan negeri ada membina kediaman baharu di daerah ini.

“Sukar untuk kerajaan menggantikan rumah mangsa dengan rumah Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) memandangkan tanah yang didiami itu bukan hak milik mereka kerana empat mangsa hanya menyewa dan dua lagi mendiami tanah saudara,” katanya.

Sementara itu, Lam Shuia Fa, 52, berkata walaupun kediaman yang ditawarkan itu berstatus rumah sewa, dia tetap bersyukur dan gembira kerana pastinya sukar mendapatkan rumah dengan kadar sewa serendah RM174 sebulan.

“Terima kasih kepada UMNO Bahagian Kuala Terengganu kerana berusaha meringankan beban kami dan mangsa kebakaran lain,” katanya yang mengalami kerugian hampir RM150,000 akibat kebakaran awal bulan ini. – BERNAMA

Tags: kebakaranRumah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jadikan Kawasan Rumah YB Dahulu Sebagai Projek Permulaan – Akmal Saleh

Jadikan Kawasan Rumah YB Dahulu Sebagai Projek Permulaan – Akmal Saleh

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh secara sinis mencadangkan projek penternakan babi dibuat di kawasan...

Rakyat Disaran Tanam Sayur Sendiri Hadapi Impak Global

Rakyat Disaran Tanam Sayur Sendiri Hadapi Impak Global

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diseru menanam sendiri sayur-sayuran bagi menangani impak rantaian bekalan makanan global akibat konflik di Asia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd