• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4PM Selesaikan 611 Kes Bankrup, Lelong Sejak Januari

oleh Ahmad Albab
26/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Penyelesaian Pengguna dan Peminjam Malaysia (4PM) menerima hampir 1,000 aduan orang ramai yang terjebak dengan masalah kebankrapan dan lelongan dari Januari hingga 1 November lalu.

Presidennya, Rosland Mohd. Arif berkata, rata-rata mereka yang mengadu terbabit kerana tidak berpuashati dengan tatacara pihak bank dalam membankrapkan dan melelong harta benda mereka.

“Lebih separuh daripada aduan yang diterima itu melibatkan isu kebankrapan dan selebihnya hal membabitkan harta benda seperti rumah atau kereta mahu dilelong pihak bank.

“Berdasarkan pemerhatian 4PM, kebanyakan aduan kami terima itu berasas kerana terdapat isu disebalik proses membankrapkan dan melelong harta pengadu terbabit” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Rosland berkata, 4PM bagaimanapun telah berjaya menguruskan sebahagian besar masalah pengadu terbabit dengan mewakili mereka mengadakan rundingan dengan pihak bank.

Kata beliau, pihaknya telah berjaya menyelamatkan sebanyak 255 kes rumah yang mahu dilelong pihak bank manakala sebanyak 356 kes bankrap dapat ditangguhkan melalui perbincangan.

Jelasnya, baki aduan yang diterima 4PM dalam proses penyelesaian dan beliau berharap pengadu terbabit supaya bersabar.

Orang ramai yang memerlukan bantuan 4PM diminta menghubungi talian 03-238 67835/019-2531000/019-3971000/011-1331 3155.

“4PM boleh juga dihubungi melalui talian hotline 1700-818-707 atau melayari laman web www.ppppmalaysia.weebly.com,” katanya. – Mynewshub.cc

Tags: Bankrup
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Belum Lagi Bankrup

09/05/2021
0

DARI FB NAJIB RAZAK SAYA sedar notis kebankrapan LHDN terhadap saya sedang ditular. Entah siapa yang bocorkan notis itu kepada...

Suatu Keajaiban Malaysia Tak Bankrap Akibat 1MDB – Mahathir

21/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini berkata, hampir suatu keajaiban Malaysia tidak bankrap akibat kerosakan yang dilakukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd