• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Jawatankuasa Kerja Diwujud Untuk Pemerkasaan Ibu Tunggal

oleh Ahmad Albab
19/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan mewujudkan tiga jawatankuasa kerja yang memberi lebih fokus kepada usaha menjayakan Pelan Tindakan Pemerkasaan Ibu Tunggal bertujuan meringankan permasalahan dihadapi golongan itu di negara ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Azizah Mohd Dun berkata tiga jawatankuasa itu berasaskan kepada tiga aspek utama pelan tindakan tersebut, iaitu pemerkasaan ekonomi, sosial serta penyelidikan dan penyelarasan.

“Jawatankuasa kerja ini akan beri lebih fokus dan berbincang lebih dalam berhubung pelan tindakan ini dengan melihat kepada tiga aspek utama tersebut.

“Contohnya, aspek pemerkasaan ekonomi akan melibatkan agensi berkaitan seperti Majlis Amanah Rakyat (Mara), Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional), Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Kementerian Kewangan.

“Saya yakin pelan tindakan ini akan berjaya kerana komitmen yang diberikan mereka (agensi berkaitan) sangat tinggi,” katanya kepada Bernama selepas merasmikan Roadshow Pelan Tindakan Pemerkasaan Ibu Tunggal Peringkat Zon Tengah di sini hari ini.

Mengulas mengenai jerayawara (roadshow) itu, Azizah berkata ia diadakan bagi membolehkan kementerian mendekati kumpulan sasar iaitu ibu tunggal dan berkongsikan aspirasi kerajaan untuk memastikan setiap langkah strategik dalam pelan tindakan itu mencapai matlamatnya.

Beliau berkata Selangor dipilih sebagai lokasi pertama penganjuran program itu memandangkan negeri tersebut mempunyai statistik ibu tunggal paling ramai di negara ini iaitu 40,583 orang berdasarkan bancian 2010.

“Roadshow ini akan diteruskan pada tahun depan sepanjang Januari hingga Mei dan akan dilaksanakan mengikut zon iaitu Zon Timur, Zon Selatan, Zon Utara, Zon Sabah dan seterusnya Zon Sarawak,” katanya.

Pelan Tindakan Pemerkasaan Ibu Tunggal 2015-2020 dilancarkan pada 22 Okt lepas oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Pelan berkenaan merangkumi 18 langkah strategik berasaskan tiga teras utama iaitu memperkasa ekonomi, meningkatkan kesejahteraan sosial serta meningkatkan penyelidikan dan penyelarasan pembangunan golongan ibu tunggal di Malaysia.

Bagi memperkukuh pelaksanaan pelan itu, satu pasukan petugas pemerkasaan ibu tunggal terdiri daripada 27 agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sektor swasta turut ditubuhkan. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]tGBA1svvNQk[/wpdevart_youtube]

Tags: Azizah Mohd Dun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perjuangan BN Untuk Rakyat, Bukan Kehendak Individu

06/05/2018
0

BEAUFORT - Perjuangan Barisan Nasional (BN) adalah untuk kesejahteraan rakyat, bukan berpaksikan kepentingan individu atau peribadi seperti yang diperjuangkan oleh...

Lapor Maklumat Dera Kanak-Kanak Atau Dihukum

26/03/2018
0

KUALA LUMPUR - Tiga kumpulan individu yang mempunyai maklumat mengenai penderaan kanak-kanak diingatkan melaporkannya kepada pihak berkuasa atau berdepan hukuman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd