• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Pencuri Pisang Akhirnya Ditahan Polis

oleh Ahmad Albab
11/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANGKAK – Kehilangan pisang yang banyak berlaku di daerah ini akhirnya terjawab apabila polis berjaya menahan dua lelaki bersama pisang yang dicuri mereka pada awal pagi, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Ledang, Supt Mohd Salleh Abd Razak berkata suspek berumur 34 dan 38 tahun itu ditahan dalam sebuah kereta pada pukul 4 pagi di Jalan Taman Serom Utama di sini.

“Kedua-dua mereka ditahan dalam sebuah kereta yang dipenuhi dengan 15 tandan pisang jenis berangan dan ketika ditanya memberikan jawapan meragukan dari mana hasil pisang itu diperolehi mereka,” katanya dalam sidang akhbar di Balai Polis Sungai Mati di sini, hari ini.

Mohd Salleh berkata kedua-dua suspek berasal dari Bukit Gambir di sini dan salah seorang suspek berusia 34 tahun itu mempunyai kesalahan dua rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan (pencerobohan jenayah) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Katanya seorang lagi suspek berumur 38 tahun tidak mempunyai rekod kesalahan lampau tetapi kedua-duanya disahkan positif dadah jenis syabu.

“Pemeriksaan lanjut dalam kenderaan itu turut menjumpai sebilah parang dan pisau yang dipercayai digunakan untuk mencuri pisang berkenaan,” katanya.

Beliau berkata kedua-duanya telah ditahan reman sehingga esok untuk membantu siasatan yang kes disiasat mengikut Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 yang sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM1,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya.

Menurutnya sepanjang Januari hingga 9 November lalu sebanyak 23 kes kecurian pisang dilaporkan berlaku di daerah ini yang membabitkan kerugian lebih RM20,000.

Katanya kebanyakan kes kecurian pisang berlaku pada waktu malam sehingga awal pagi dan pencuri licik melepaskan diri.

Sehubungan itu beliau meminta kerjasama daripada orang ramai bagi menyalurkan maklumat berhubung setiap kejadian jenayah yang berlaku di kawasan mereka terutama melihat individu mencurigakan seperti di kebun pisang. – BERNAMA

Tags: Kes Curipisang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Dituduh Curi 47 Barang Pasar Raya Serentak

Wanita Dituduh Curi 47 Barang Pasar Raya Serentak

27/03/2024
0

Kuala Terengganu : Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas tuduhan mencuri pelbagai jenis barangan...

Tiga Anggota Polis Ditahan Curi RM85,000 Semasa Operasi Di ‘Mini Dhaka’

Tiga Anggota Polis Ditahan Curi RM85,000 Semasa Operasi Di ‘Mini Dhaka’

24/12/2023
0

KUALA LUMPUR : Tiga anggota polis dipercayai daripada Pasukan Gerakan Am Briged Tengah ditahan selepas disyaki mencuri wang berjumlah RM85,000...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd