• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

#ParisAttack: Gergasi Bola Sepak Eropah Utus Takziah

oleh
17/11/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Gergasi-gergasi bola sepak dari setiap pelusuk Eropah sudah mula mengutuskan kawat takziah yang mendalam kepada keluarga mangsa dan rakyat Perancis atas siri serangan yang mengorbankan lebih 140 orang di Paris.

Pasukan-pasukan ternama seperti Manchester United, Arsenal dan Chelsea adalah antara kelab bola sepak dari Liga Perdana England yang memuat naik mesej mengenai serangan berdarah itu di laman Twitter masing-masing.

“Ingatan dan doa kami kepada mereka yang terjejas di Paris,” menurut kenyataan rasmi dari Arsenal dengan dua pemainnya sendiri iaitu Olivier Giroud dan Laurent Koscielny bermain dalam pasukan Perancis.

Dalam laman Facebook Manchester United, kelab itu turut menyampaikan iringan doa kepada mereka yang terjejas akibat serangan-serangan penganas di Paris.

Begitu juga dengan pemenang Liga Juara-Juara Eropah, Barcelona dari Sepanyol yang memuat naik mesej bagi menyokong Paris menerusi Instagram rasmi kelab tersebut.

Dalam pada itu, persatuan bola sepak England dan Perancis akan berbincang terlebih dahulu sebelum memutuskan untuk meneruskan rancangan bagi mengadakan perlawanan persahabatan antara dua negara yang dijadual berlangsung Selasa depan.

Akhbar ternama Perancis, L’Equipe bagaimanapun melaporkan bahawa perlawanan di Stadium Wembley itu sudahpun ditangguhkan.

Sekurang-kurangnya tiga orang terkorban dalam serangan dekat stadium Stade de France, manakala lebih 120 orang terbunuh dalam beberapa serangan yang dilancarkan di Paris.

Pasukan tuan rumah Perancis sedang berdepan dengan Jerman dalam satu perlawanan persahabatan apabila letupan itu didengar oleh para penonton.

“Ia adalah satu insiden yang serius dan tragik,” tegas jurucakap FA England. “Kami akan berikan perkembangan terkini mengenai perlawanan tersebut”.

“Pihak FA ingin menyampaikan takziah yang mendalam kepada para keluarga mangsa dan buat masa ini kami turut berduka dengan rakyat Perancis.” – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: ParisPerancis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Perancis Perkenal Hidangan €1 (RM4.60) Untuk Pelajar Universiti

Perancis Perkenal Hidangan €1 (RM4.60) Untuk Pelajar Universiti

07/05/2026
0

Oleh Mynewshub PARIS – Kerajaan Perancis memperluaskan skim makanan universiti berharga hanya €1 (sekitar RM4.60) kepada semua pelajar universiti dalam...

Misi Perdagangan Ke Perancis Jana Potensi Pelaburan RM4 Bilion, Eksport RM675 Juta

Misi Perdagangan Ke Perancis Jana Potensi Pelaburan RM4 Bilion, Eksport RM675 Juta

06/07/2025
0

KUALA LUMPUR - Malaysia berjaya menjana potensi pelaburan bernilai RM4 bilion dan potensi eksport RM675 juta semasa misi perdagangan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd