• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Yuran Pengajian Prasiswazah Di Universiti Awam Tak Dinaikkan

oleh Ahmad Albab
26/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Universiti awam tidak dibenar menaikkan yuran pengajian bagi pelajar prasiswazah meskipun peruntukan kepada sektor pendidikan tinggi berkurangan dalam Bajet 2016.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata pengurangan peruntukan sebanyak RM2.4 bilion untuk kementeriannya tidak sepatutnya dijadikan alasan oleh universiti untuk menaikkan yuran pengajian.

“Sebanyak 90 peratus universiti awam masih bergantung kepada peruntukan kerajaan.

“Universiti itu seharusnya menjana pendapatan dengan menggunakan aset yang dimilikinya,” kata Idris kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat International Education Task Force (IETF) di sini, hari ini.

Idris berkata tindakan mengurangkan kebergantungan universiti awam terhadap kerajaan selaras dengan hasrat yang termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pengajian Tinggi) (PPPM (PT)).

Bajet 2016 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat Jumaat lepas memperuntukkan RM13.378 bilion untuk Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) iaitu lima peratus daripada keseluruhan belanjawan berbanding RM15.785 bilion dalam Bajet 2015.

Sementara itu, KPT hari ini menubuhkan IETF, yang bermesyuarat buat pertama kalinya bagi menambah baik pengurusan pelajar antarabangsa ke Malaysia.

Idris berkata IETF akan berfungsi untuk menasihati KPT dalam hal-hal berkaitan pendidikan antarabangsa sekaligus meningkatkan keupayaan dan pengiktirafan pendidikan tinggi Malaysia dengan mengembleng kepakaran dan pengalaman ahli antarabangsa.

“Dalam mesyuarat tadi, KPT membincangkan dan meluluskan beberapa isu seperti membenarkan permohonan pas pelajar antarabangsa dibuat oleh pelajar sendiri, memperkenalkan pengeluaran e-Visa Approval Letter (VAL) dan e-Visa With Reference (VWR).

“Memberikan pengecualian untuk Visa Masuk setelah kelulusan visa dikeluarkan, menyediakan kaunter atau laluan khas untuk pelajar antarabangsa melalui International Student Arrival Centre (ISAC), pengeluaran pas pelajar untuk tempoh pembelajaran dan memberi kelonggaran untuk pelajar bekerja (sambilan),” tambah beliau.

Mengulas lanjut, beliau berkata KPT juga telah menyelesaikan tiga isu yang melibatkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) iaitu pelaksanaan perjanjian persefahaman membabitkan visa pelajar Malaysia dan Indonesia di mana pelajar dari kedua-dua negara itu diberikan visa dua tahun, KDN meluluskan Pas Tanggungan kepada pelajar yang mempunyai lebih daripada seorang isteri dan penggunaan pas lawatan sosial bagi program mobiliti yang dilaksanakan kurang dari tiga bulan.

Ahli-ahli IETF termasuk Ketua Setiausaha KDN, Kementerian Luar Negeri (KLN) serta Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan selain wakil Jabatan Imigresen, Polis Diraja Malaysia, institusi pengajian tinggi, Malaysian Association of Private Colleges & Universities (MAPCU), National Association of Private Educational Institutions (NAPEI), Persatuan Kebangsaan Institusi Pengajian Tinggi Swasta Bumiputera Malaysia (PKIBI) serta universiti awam dan swasta. – BERNAMA

Tags: Bajet 2016Idris JusohPrasiswazah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Idris Jusoh Minta Jangan Percaya Beliau Akan Keluar UMNO

15/12/2018
0

BESUT - “Jangan percaya”, demikian jawapan ringkas bekas Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berhubung dakwaan beliau bakal keluar...

UMK Universiti Pertama Pemangkin Keusahawanan Sosial

01/04/2018
0

BACHOK - Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mencatat sejarah tersendiri pada hari ini selepas dipilih Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk menjadi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd