• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Bersenam Atas Landasan Kereta Api

oleh Ahmad Albab
13/10/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON (Amerika Syarikat): Seorang wanita bakal didakwa di mahkamah selepas dia dirakam kamera keselamatan bersenam di landasan kereta api.

Wanita yang tidak dinamakan itu dirakam kamera keselamatan turun ke landasan kereta api di stesen West Falls Church di sini baru-baru ini.

Dia kemudian membuat beberapa gerakan senaman di landasan sambil aksinya dirakam seorang rakan lelakinya dengan telefon bimbit.

Jurucakap polis berkata, aksi wanita itu sangat bahaya kerana dia berdiri berhampiran wayar elektrik bervoltan tinggi.

“Sekiranya wanita itu terlanggar wayar berkenaan dia boleh mati terbakar,” katanya.

Menurutnya, seorang pengawal keselamatan yang melihat aksi itu kemudian menegur wanita berkenaan.

“Wanita itu akhirnya keluar dari landasan dan dia bersama rakan lelakinya dilihat naik sebuah kereta api.

“Bagaimanapun, kami berjaya mengesan identiti wanita itu dan menahannya kerana menceroboh landasan kereta api,” jelasnya.

Menurutnya, wanita itu bakal didakwa di mahkamah tidak lama lagi. – Agensi

[wpdevart_youtube]51FU3A5oWNQ[/wpdevart_youtube]

Tags: bersenampelik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Bersenam Seminggu Selepas Ambil Vaksin Covid-19

09/07/2021
0

PETALING JAYA - Orang ramai yang telah mengambil suntikan pertama dan kedua vaksin Covid-19 dinasihatkan untuk tidak melakukan sebarang aktiviti...

Lapan ‘Pengantin Pelik’ Dikahwini Manusia

03/02/2019
0

PERKAHWINAN merupakan salah satu tradisi tertua di dunia. Ia merupakan acara untuk meraikan dua individu bersatu menyemai kasih dan cinta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd