• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Walmart Dikritik Jual Hidung Palsu Sheikh, Pakaian Tentera Israel

oleh AK-47
05/11/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMPENA pesta tahunan Halloween yang bakal disambut beberapa hari lagi, pusat beli-belah di seluruh dunia tidak ketinggalan menawarkan bermacam-macam rekaan kostum Halloween bagi menarik hati pembeli.

Bagaimanapun, tindakan gedung serbaneka Walmart di Amerika Syarikat menjual kostum Halloween bertemakan pakaian seragam tentera Israel bagi anak kecil dan hidung palsu bagi mereka yang ingin tampil sebagai sheikh Arab mengundang kecaman dan kritikan hebat.

walmart-israel-data

Ini berikutan, rata-rata menyifatkan gedung itu sebagai tidak sensitif dan biadap kerana mengeluarkan kostum Halloween dengan rekaan sedemikian rupa.

“Walmart, tahukah anda bahawa menjual pakaian seragam tentera Israel sama seperti menyokong penjajahan Israel dan pembunuhan anak-anak di Palestin,” tulis seorang netizen dengan akaun @Adeeba_.

Namun, Walmart menerusi satu kenyataan mendakwa mereka menawarkan kostum Halloween itu bertujuan supaya kanak-kanak dapat menghayati sejarah Yahudi.

Set lengkap pakaian seragam tentera Israel kanak-kanak itu dikatakan dijual dengan harga AS$27.44 (RM118), manakala replika hidung sheikh Arab itu dijual dengan harga AS$9.52 (RM41).

Dalam perkembangan terbaharu, Fox News melaporkan Walmart pada Rabu lalu mengumumkan tidak lagi menjual kostum tentera Israel bagi kanak-kanak itu dan hidung palsu tersebut selepas menerima kecaman hebat, termasuk gesaan memboikot Walmart di media sosial. – Agensi/MYNEWSHUB.CC

Tags: HolloweenIsraelWalmartYahudi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ahli Kongres AS Tuduh Malaysia Mulakan ‘Pembersihan Yahudi’

Ahli Kongres AS Tuduh Malaysia Mulakan ‘Pembersihan Yahudi’

19/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Seorang Ahli Kongres Amerika Syarikat (AS), Greg Landsman, menuduh Malaysia “menghalau orang Yahudi” susulan ketegasan kerajaan untuk...

Malaysia Di Tangga Ketiga Negara Paling Mempunyai Pandangan Negatif Terhadap Israel

Malaysia Di Tangga Ketiga Negara Paling Mempunyai Pandangan Negatif Terhadap Israel

04/07/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  KUALA LUMPUR – Malaysia berada di kedudukan ketiga dalam senarai negara yang mencatatkan kadar tertinggi pandangan tidak memihak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd