SEORANG wanita di China telah disaman selepas dia dirakam menyanyi seperti di pusat karaoke ketika sedang memandu keretanya.
Video wanita yang berusia dalam linkungan 30-an itu menyanyi menggunakan mikrofon berwarna emas tersebar selepas ia dimuat naik di laman sosial Weibo yang popular di negara itu.
Tindakan wanita itu yang dikatakan membahayakan pengguna jalan raya lain telah menarik perhatian pihak polis yang kemudiaannya memberkas ‘penyanyi’ itu dan mengeluarkan saman terhadapnya.
Dia juga dikenakan denda yang membolehkan lesennya ditarik semula sekiranya dia ditangkap mengulangi perbuatan tersebut.
Walau bagaimanapun, cara wanita ini menghiburkan dirinya agak menarik. Mungkin itu adalah caranya untuk menghilangkan bosan dan tekanan ketika memandu pulang dari tempat kerja. – MYNEWSHUB.CC