MENYEDIHKAN… seekor anjing kesayangan peliharaan seorang wanita dan anak perempuannya mati ditembak ketika haiwan tersebut mahu menyambut kedatangan polis di rumah mereka di Florida.
Video yang menunjukkan detik memilukan bagi keluarga tersebut menunjukkan saat-saat anjing jenis Bull Terrier yang dipanggil Duchess itu mati ditembak sebanyak 3 kali di bahagian kepalanya.

Gilian Palacios, membuka pintu ketika anggota polis itu tiba untuk memberitahu keluarganya bahawa pintu kereta mereka terbuka.
Polis tersebut bagaimanapun terkejut dengan kehadiran Duchess lalu menembaknya.
“Belum sempat saya membuat apa-apa, polis tersebut terus mengeluarkan pistolnya dan menembak anjing kami.
“Anjing itu hanya ingin tahu. Ia tidak menyalak mahupun menjerkah. Tiada alasan untuk polis itu berasa terancam dengannya,” ujar Gillian.
Akibat daripada insiden itu anggota polis terbabit diarah untuk mengambil cuti.
Menurut jurucakap polis di bandar Florida, anggota polis itu terpaksa lakukan apa yang sepatutnya kerana dia perlu bertindak pantas dalam apa jua situasi. – Agensi/MYNEWSHUB.CC