• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jerebu: UPKK, UPSRA Pada Isnin Dan Selasa Ditangguh

oleh Ahmad Albab
07/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) serta Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) pada Isnin dan Selasa (5 dan 6 Okt), ditangguhkan ekoran pengumuman penutupan semua sekolah di beberapa negeri oleh Kementerian Pendidikan berikutan keadaan jerebu yang semakin buruk.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Othman Mustapha berkata pelaksanaan peperiksaan UPKK kepada 207,343 calon yang diselaraskan jabatan itu di seluruh negara bagi subjek Ulum Syariah (UPKK 02/01) pada 2.30 petang esok, dan subjek Sirah (UPKK 03/01) serta Jawi Dan Khat (UPKK 05/01) pada Selasa, ditangguhkan.

“Penangguhan ini melibatkan semua pusat peperiksaan seluruh Malaysia. Tarikh baharu bagi pelaksanaan peperiksaan bagi tiga subjek berkenaan akan dimaklumkan kemudian berdasarkan kepada suasana dan Indeks Pencemaran Udara (IPU) semasa.

“Pelaksanaan peperiksaan pada Rabu dan Khamis berjalan mengikut jadual,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau juga menyarankan kepada semua agensi bertanggungjawab melaksanakan Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) mengambil tindakan segera memaklumkan arahan penangguhan peperiksaan itu kepada setiap pihak terlibat.

Selain itu, Othman berkata JAKIM juga menyambut baik keputusan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang menangguhkan peperiksaan UPSRA pada Isnin dan Selasa ini, selaras dengan arahan Kementerian Pendidikan.

“Peperiksaan UPSRA di semua sekolah kelolaan JAWI di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan akan ditunda kepada Isnin dan Selasa depan (12 dan 13 Okt).

“Bagi jadual hari Rabu dan Khamis berjalan seperti dijadualkan kecuali ada arahan lain daripada Kementerian Pendidikan,” katanya.

Terdahulu, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid mengumumkan bahawa semua sekolah di Semenanjung kecuali Kelantan, diarah tutup dua hari bermula esok berikutan keadaan jerebu yang semakin buruk di negeri-negeri berkenaan.

Dalam pada itu, Mahdzir berkata kementerian akan memantau setiap jam keadaan jerebu di Kelantan, Sabah dan Sarawak. – BERNAMA

Tags: KAFAUPSRA
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Guru Maut Dalam Perjalanan Hadiri Seminar Di Setiu

Next Post

6 Lelaki Ditahan Bantu Siasatan Kes Pegawai Imigresen Diserang

Related Posts

Susun Semula Keperluan Guru KAFA Selangor

Susun Semula Keperluan Guru KAFA Selangor

25/08/2023
0

SHAH ALAM – Pertukaran guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) di Sekolah Rendah Agama (SRA) di Sabak Bernam dan...

Kerajaan Cadang Wujud KAFA Peringkat Sekolah Menengah

07/02/2022
0

KOTA BHARU - Kerajaan menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bercadang mewujudkan pengajian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di...

Next Post

6 Lelaki Ditahan Bantu Siasatan Kes Pegawai Imigresen Diserang

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd