• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ulama, Golongan Pro Islam Perlu Perjelaskan Maksud Islam Sebenar

oleh Ahmad Albab
14/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Para ulama dan profesional Islam perlu menjelaskan maksud Islam sebenar bagi menangkis idea keganasan dan gerakan ekstremis di negara ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata golongan berkenaan perlu tampil mengetengahkan pelan tindakan, strategi dan program yang boleh dilaksanakan kerajaan bagi tujuan merawat dan mematikan ideologi dan idea keganasan.

“Kita berdepan dengan idea-idea keganasan dan gerakan ekstremis dan gerakan ini boleh membawa kesan buruk kepada dunia Islam,(mengenai) bagaimana umat Islam yang seakidah boleh dihalalkan pembunuhan mereka,” katanya ketika berucap pada majlis sambutan Ma’al Hijrah peringkat kebangsaan bagi tahun 1437 Hijrah di Masjid Negara di sini, hari ini.

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Sambutan bertemakan ‘Perpaduan Nadi Transformasi Negara’ itu julung kali diadakan di Masjid Negara sempena jubli emas masjid berkenaan dan kedudukannya sebagai mercu tanda Islam di negara ini.

Najib berkata para ulama dan golongan profesional juga perlu menggunakan segala medium yang ada bagi memberi penjelasan tentang apa yang terkandung dalam ajaran Islam yang sebenar khususnya kepada generasi muda.

Katanya penjelasan mengenai Islam harus dikupas satu persatu bagi mengelak kekeliruan kerana Islam bukan merupakan agama yang memusuhi agama lain.

Pada majlis sambutan itu, Perdana Menteri turut berikrar akan terus memperjuangkan nasib umat Islam di Palestin daripada ditindas rejim Zionis.

Beliau berkata nasib rakyat Palestin perlu dibela kerana mereka telah dihina dan dilayan seperti manusia yang tidak mempunyai sebarang hak.

“Sebab itulah di Bangsa-Bangsa Bersatu saya sebutkan bahawa perjuangan rakyat Palestin wajib kita bela dan saya akan teruskan perjuangan ini bagi pihak umat Islam di Malaysia,” katanya yang menerima tepukan gemuruh daripada hadirin.

Dalam pada itu, Najib berkata langkah Malaysia menerima kemasukan 3,000 rakyat Syria juga atas dasar bantuan kepada umat Islam yang memerlukan pertolongan.

Katanya usaha itu dapat dilakukan kerana Malaysia berada dalam keadaan aman, makmur dan bercita-cita menjadi sebuah negara maju berteraskan Islam.

“Inilah kebanggaan kita, jangan kita biarkan ini hancur lebur. Jangan kita biarkan sesiapa bersekongkol dengan mana-mana pihak dalam dan luar negara untuk menghancurkan apa yang telah dicapai selama ini,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]rpOCFB_Ysng[/wpdevart_youtube]

Tags: Maal HijrahNajib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Umat Islam Diseru Kukuhkan Iman Sempena Maal Hijrah

Umat Islam Diseru Kukuhkan Iman Sempena Maal Hijrah

27/06/2025
0

KUALA TERENGGANU - Umat Islam diseru agar memperkukuhkan keimanan dan mengambil semangat hijrah untuk memperbaiki diri serta membina masyarakat yang...

Jawi Anjur Sambutan Maal Hijrah 2 Ogos Ini

Jawi Anjur Sambutan Maal Hijrah 2 Ogos Ini

28/07/2022
0

PUTRAJAYA – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan menganjurkan Majlis Sambutan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd