• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TRW Perlu Menang Baki Dua Perlawanan Terakhir

oleh Ahmad Albab
03/10/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Skuad Kelantan tidak mempunyai pilihan selain perlu memenangi baki dua perlawanan terakhir saingan peringkat kumpulan Piala Malaysia bagi merebut slot ke suku akhir.

Pemangku jurulatih Kelantan Zahasmi Ismail menaruh harapan tinggi kepada anak buahnya untuk mencipta kemenangan dalam dua perlawanan itu setelah The Red Warriors tewas 0-1 kepada Selangor pada perlawanan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV di sini, malam tadi.

“Saya menaruh keyakinan tinggi kepada anak buah saya untuk meneruskan perjuangan bagi merebut slot ke suku akhir kerana kita tahu persaingan masih terbuka.

“Kami akan bekerja keras dalam dua perlawanan terakhir selepas ini bagi melayakkan kami ke suku akhir,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Pada perlawanan malam tadi, Kelantan gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila kalah tipis 0-1 kepada Selangor pada aksi keempat Kumpulan C.

The Red Warriors kini di kedudukan ketiga Kumpulan C dengan empat mata daripada empat perlawanan di belakang Selangor yang mengutip tujuh mata dan Felda United yang meraih lima mata, namun beraksi kurang satu perlawanan.

Mengulas mengenai perlawanan malam tadi, Zahasmi berkata anak buahnya tidakbernasib apabila gagal mencipta jaringan terutama pada separuh masa kedua walaupun menampilkan aksi yang baik.

“Saya akui pada separuh masa pertama, pemain banyak memberi ruang kepadaSelangor untuk mencipta peluang menjaringkan gol,” katanya.- BERNAMA

Tags: Piala MalaysiaTRW
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kuching City FC Mohon Maaf Kepada Penyokong, Ucap Tahniah Kepada JDT

Kuching City FC Mohon Maaf Kepada Penyokong, Ucap Tahniah Kepada JDT

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kelab bola sepak Kuching City FC mengucapkan tahniah kepada pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) susulan keputusan perlawanan...

Tunku Mahkota Ismail – “Allah Yang Menentukan Segala Rezeki, Alhamdulillah”

Tunku Mahkota Ismail – “Allah Yang Menentukan Segala Rezeki, Alhamdulillah”

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa syukur serta mengucapkan tahniah kepada Johor Darul Ta'zim (JDT)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd