• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TPPA Perlu Dibentang Di Parlimen Pertengahan Jan Depan

oleh Ahmad Albab
23/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Dokumen Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) perlu dibentangkan di Dewan Rakyat pada pertengahan Januari depan, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau menjelaskan Malaysia tidak boleh lewat daripada dua minggu pertama tahun 2016 untuk membuat keputusan sama ada menandatangani perjanjian tersebut atau tidak.

“Masalahnya minggu ini ada pembentangan bajet negara, jadi kita tidak boleh ganggu proses itu.

“Sudah tentu saya akan berbincang dengan Speaker (Dewan Rakyat) bagi mendapatkan tarikh (untuk bentangkan TPPA),” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah mengenai TPPA pada Program Outreach Perjanjian Perdagangan Bebas kementeriannya di sini, Khamis.

Rundingan TPPA dimuktamadkan pada 5 Okt lalu di Atlanta, Amerika Syarikat (AS) dan teks dokumen dijangka disiapkan penghujung bulan ini.

Rundingan TPPA yang julung kali dilancar pada 2005 membabitkan 12 negara – Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, AS dan Vietnam.

Mustapa berkata TPPA merupakan perjanjian paling kontroversi yang memerlukan kerajaan memberi penerangan secara menyeluruh mengenai pro dan kontra.

Menurut beliau kebanyakan perbincangan mengenai TPPA pada masa sekarang lebih berdasarkan kepada spekulasi.

Katanya kerajaan perlu melakukan pusingan lain perbincangan dokumen itu walaupun sudah terdapat kepastian mengenainya sebaik dokumen dikeluarkan. – BERNAMA

Tags: Mustapa MohamedTPPA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Pastikan Rakyat Tak Terbeban Harga Minyak Naik

05/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan sentiasa mengkaji dan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengurangkan beban rakyat susulan trend peningkatan semula harga minyak...

Peruntukan RM400 Bilion, 14 Tindakan Inovatif Dalam RMKe-12

28/09/2021
0

KUALA LUMPUR: Peruntukan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM400 bilion, empat pemangkin dasar dan beberapa tindakan inovatif yang berani, Rancangan Malaysia Ke-12...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd