Sunday, May 12, 2024

Creating liberating content

Asrama Lelaki SMK Lui...

SEREMBAN - Tingkat tiga asrama lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan Lui Barat, Felda Lui...

Hina Sultan Selangor: Kor...

KUALA LUMPUR - Pengerusi DAP negeri Perak, Nga Kor Ming akan dipanggil semula...

Pemandu Bas Mengaku Curi...

SHAH ALAM – Seorang pemandu bas dijatuhi hukuman penjara empat hari dan denda...

NGO Cabar Penganjur Bersih...

ALOR SETAR - Persatuan Pengukuhan Perpaduan Rakyat Pulau Pinang hari ini mencabar penganjur...

Tonto Cuba Bunuh Anggota Kastam Diberkas

KANGAR – Dua lelaki termasuk seorang tonto sindiket seludup yang cuba membunuh anggota penguat kuasa kastam di Padang Besar pada Jumaat lepas diberkas semalam.

Ketua Polis Perlis, SAC Shafie Ismail berkata mereka diberkas dalam kawasan Kompleks Imigresen dan Kastam (ICQ) Thailand selepas melepasi Kompleks ICQ Padang Besar kira-kira pukul 6.15 petang semalam.

Beliau berkata yang ditahan merupakan pemandu kereta Proton Perdana yang digunakan suspek untuk merempuh anggota kastam berkenaan.

“Suspek itu merupakan seorang penagih dadah berumur 36 tahun yang mempunyai empat kes jenayah lampau termasuk satu kes dadah.

“Yang turut ditahan ialah pemandu pikap berumur 24 tahun,” katanya.

Shafie berkata pihak polis sedang menjejaki dua lagi pemandu pikap serta lima anggota sindiket berkenaan yang dipercayai telah melarikan diri ke negara jiran.

Beliau berkata kereta berkenaan dan tiga pikap yang membawa arak seludup turut dirampas.


Kereta tersebut ditemui di Kampung Sanglang, Kedah bersempadan Perlis manakala pikap berkenaan ditemui di Kampung Wang Lembu, Semadong, Beseri dekat sini, katanya.

Tonto bertindak nekad dengan merempuh anggota kastam yang menaiki kenderaan MPV Honda Odyssey, dengan kereta Proton Perdana mereka dalam kejadian itu,sehingga menyebabkan tiga anggota kastam cedera.

Kejadian berlaku kira-kira 4.15 pagi ketika ketiga-tiga anggota penguat kuasa kastam tersebut sedang mengejar tiga kenderaan pikap dari Thailand yang dipercayai membawa arak seludup.

Siasatan mendapati setiap sebuah pikap tersebut membawa minuman keras bernilai antara RM100,000 hingga RM120,000, kata Shafie.

Sementara itu Mahkamah Majistret Kangar telah mengeluarkan perintah tahanan reman ke atas kedua-dua lelaki itu selama tujuh hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kes atas cubaan membunuh. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori