Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Atlet Paralimpik, Ziyad Akhiri...

NILAI - Pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Rio de Janeiro, Brazil, Muhammad Ziyad...

Laluan Jalan Klang-Sabak Bernam...

KUALA SELANGOR - Jejantas pejalan kaki yang mengalami rekahan di hadapan Sekolah Menengah...

Masjid Dititah Solat Hajat...

KUANTAN - Semua masjid di Pahang dititah mengadakan solat hajat, bacaan Yassin dan...

RUU355: Tidak Salah Berunding...

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan tidak menjadi...

Tom Daley Sah Bertunang Dengan Teman Lelakinya

ATLET popular sukan Olimpik, Tom Daley kini telah mengikat tali pertunangannya bersama dengan pasangan homoseksualnya, Dustin Lance Black.

Menerusi pengumuman yang dibuat oleh surat khabar The Times, pasangan berkenaan kini telah sah mengangkat hubungan mereka ke satu lagi taraf selepas berpacaran sejak 2 tahun lalu.

2514

Pendedahan berita bahawa mereka telah bertunang itu telah dipaparkan di segmen kelahiran, perkahwinan dan kematian di dalam surat khabar berkenaan.

Mereka berdua mula menjalinkan hubungan pada musim bunga 2013 selepas Tom membuat pengakuan bahawa dirinya adalah seorang gay di laman Youtube pada tahun yang sama.

showbiz-tom-daley-dustin-lance-black-1

Tom-Daley-with-boyfriend-Lance-Black-and-Sophie-Lee-rides-at-Busch-Gardens-Tampa


Tom merupakan atlet selam yang pernah memenangi dua pingat emas untuk England dalam sukan Komanwel 2010 dan pingat gangsa untuk Britain dalam sukan Olimpik 2012.

Tunang Tom pula, Dustin merupakan seorang pengarah dan produser filem di Amerika Syarikat serta aktivis LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual) pernah memenangi anugerah Oscar menerusi filem Milk yang memaparkan kisah hidup seorang aktivis LGBT. – Agensi/MYNEWSHUB.CC

aeb492336c5690bbeb3eb42716b6c50b_XL

article-2713496-202F290800000578-814_964x1444

Video Tom Daley dedahkan seksualiti dirinya di laman Youtube.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori