Thursday, June 20, 2024

Creating liberating content

Kerja Pembersihan Di Lokasi...

KUALA LUMPUR - Kerja-kerja membawa keluar bangkai helikopter yang terhempas di Semenyih, Selangor...

Portal Berita The Rakyat...

LAMAN berita yang menawarkan kandungan berbentuk harian melalui portal atas talian, The Rakyat...

Adnan Beri Amaran Tegas...

KUANTAN - Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob memberi amaran tegas kepada...

COVID-19: 2 Individu Lari...

PORT DICKSON - Berita dua individu yang dikatakan positif COVID-19 melarikan diri dari...

Tol: Tiada Lagi Kenaikan Automatik

TOL kembali menjadi isu apabila 18 lebuh raya di Lembah Klang dan Johor menaikkan kadarnya.

Rakyat khususnya pengguna merungut serta mengkritik kerajaan kerana membenarkan syarikat pemegang konsesi menaikkan kadar tol.

Apakah benar perjanjian dengan syarikat konsesi dianggap sebagai berat sebelah dan kerajaan sering mengalah dalam perkara ini?

Portal Berita Harian mendapatkan pandangan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof untuk mengulas isu ini.

Soalan: Ramai yang tidak memahami kaedah pengiraan kadar kenaikan tol mengikut perjanjian dengan syarikat konsesi. Boleh Datuk Seri jelaskan?

Bagi pembinaan lebuh raya, syarikat konsesi akan meminjam sejumlah wang daripada bank komersial tempatan. Jumlah, tempoh pinjaman dan kadar bayaran balik bergantung pada risiko yang perlu ditangung bank dalam memberi pinjaman serta kebolehan syarikat konsesi membayar balik pinjaman.

Kadar bayaran balik dalam tempoh bayaran menjadi input penting dalam penetapan kadar tol dan kenaikannya. Ketika lebuh raya beroperasi, syarikat konsesi akan bayar pinjaman mengikut jadual ditetapkan bank. Di samping itu, syarikat konsesi perlu mengoperasikan dan menyelenggara lebuh raya mengikut standard ditetapkan kerajaan untuk keselesaandan keselamatan pengguna.

Secara ringkasnya, formula kos yang perlu ditanggung setiap tahun seperti berikut iaitu: Kos bayaran balik pinjaman + kos operasi + kos penyeleranggaan rutin dan berkala + kos penambahbaikan lebuh raya + simpanan di bank mengikut peraturan perbankan.

Soalan: Setakat ini, berapa banyak pampasan yang dibayar kerajaan kepada syarikat konsesi bagi memastikan kadar tol tidak dinaikkan?

Sejak tahun 2008 hingga 2013, pampasan yang dibayar adalah RM1.1 bilion, manakala untuk tahun 2014 dan 2015, anggaran pampasan adalah masing-masing RM403 juta dan RM580 juta. Jumlah ini terus meningkat dari tahun ke tahun jika penangguhan kenaikan kadar tol diteruskan. Dengan kata lain, ia akan menjadi liabiliti janga panjang kepada kerajaan. Bayaran pampasan ini boleh disalurkan untuk melaksanakan program pembangunan lain yang memanfaatkan 30 juta rakyat Malaysia.

Soalan: Sejak dasar penswastakan lebuh raya bertol diperkenalkanm berapa banyak tol sudah ditutup kerana tamat tempoh atau menerima pampasan kerajaan?


Kerajaan sudah memansuhkan kutipan tol di 10 lebuh raya. Pemansuhan ini sama ada tamat konsesi atau ditutup awal. Kutipan tol terbaharu dimansuhkan ialah di Plaza Tol Batu Sembilan (arah Kuala Lumpur) dan Plaza Tol Batu 11 (arah Kajang), Lebuh Raya Cheras-Kajang (GRANDSAGA) pada tahun 2012. Pemansuhan kutipan di plaza tol ini lebih awal daripada tempoh konseso dan ia menunjukkan keperihatianan kerajaan membantu rakyat. Penutupan plaza tol lebih awal memerlukan persetujuaan syarikat konsesi. Apabila persetujian diperoleh, kerajaan perlu membayar kehilangan pendapatan syarikat konsesi kerana masih terikat dengan bayaran balik pinjaman kepada bank. antara plaza tol lain yang sudah ditutup ialah di Slim River, Perak (11 Januari 1993) dan Senai, Johor (1 Mac 2004) membabitkan Lebuhraya Utara Selatan (Plus). Bagi Lebuhraya Jalandan Jejambat Kuala Lumpur (METRAMAC), Plaza Tol Jalan Pahang ditutup pada 18 Mac 2004 yang dilakukan lebih awal daripada tarikh sebenar iaitu 31 Mac 2004, manakala Plaza Tol Jalan Cheras dimansuhkan pada 14 September 2003. Di lebuhraya Baru Pantai (NPE), Plaza Tol PJS 2 (arah Kuala Lumpur) ditutup pada 14 Februari 2009 dan penangguhan kadar tol dilakukan di Plaza Tol PJS5 dan Pantai Dalam bermula pada 1 Januari 2009.

Kadar tol di PJS2 pula dikurangkan daripada RM1.60 kepada RM1 bermula 18 Februari 2011. Selain itu, Plaza Tol Salak Jaya di Lebuhraya Sungai Besi (BERSRAYA) juga ditutup pada 24 Februari 2009, manakala Plaza Tol Teluk Kapas membabitkan lebuh raya Jalan Pintas Selat Klang Utara (NKSB) ditutup pada 21 Disember 2009. Mengikut perjanjian asal konsesi, plaza tol di NKSB itu sepatutnya ditutup pada 29 Disember 2009. Banyak lagi plaza tol di Lembah Klang yang sudah dimansuhkan, antaranya Plaza Tol Cheras (arah Kuala Lumpur) dan (arah Petaling Jaya) di Lebuhraya Metramac yang ditutup pada 16 Mei 2011 dan dua lagi iaitu PLaza Batu 11 (arah Kajang) Membabitkan Leburaya Cheras kajang (GRANDSAGA) yang ditutup pada 1 Mac 2012.

Soalan: Benarkah perjanjian dengan syarikat konsesi dianggap berat sebelah dan kerajaan sering mengalah dalam perkara ini?

Jawapan: Sebelum perjanjian konsesi dimuktamadkan, beberapa siri perbincangan dengan agensi kerajaan bagi menetapkan beberapa perkara akan dilaksanakan. Ia termasuk standard penyeleranggaraan dan operasi lebuh raya, tempoh pembinaan, jajaran lebuh raya yang boleh memberi impak berganda kepada koridor sepanjang lebuh raya, kadar tol dan jadual kenaikannya, kadar permulaan ditetapkan lebih rendah dan akan mengalami gradual increment untuk mengurangkan beban pengguna. Gradual increment ini mengambil kira kos bayaran pinjaman, kos operasi dan penyeleranggaan sepanjang tempoh konsesi.

Soalan: Logiknya, jumlah kenderaan sentiasa bertambah setiap tahun, pembayar tol meningkat dan keuntungan konsesi juga bertambah. Adakah perkara ini diambil kira dalam menentukan kadar kenaikan tol?

jawapan: Perjanjian konsesi terkini ditambah baik untuk memastikan kerajaan tidak berada di losing side. Antaranya adalah kenaikan tol tidak secara automatik. Dalam hal ini, syarikat konsesi tidak akan mendapat kenaikan tol secara automatik pada tahun tertentu. Sebaliknya kadar tol pada tahun itu ditentukan melalui kajian hasil tol. Jika hasil tol sebenar dikutip melebihi unjuran hasil, peningkatan kadar tol tidak diibenarkan dan kadar tol semasa dikekalkan. Dalam pelaksanaan projek PFI dengan syarikat swasta akan menangungg risiko dalam pelaksanaan projek, elem keuntungan tidak boleh diketepikan. Bagaimanapun, keuntungan ini digunakan untuk melaksanakan kerja penambahbaikan seperti pelebaran jalan (contoh pelebaran lorong keempat oleh PLUS, persimpangan baharu oleh LDP) serta kerja penyelenggaraan yang kerap mengalami kenaikan kos bahan. Rakyat yang menggunakan kemudahan disediakan mengharap mutu perkhidmatan yang tinggi dan syarikat konsesi mempunyai kewajipan untuk menyediakannya.

Soalan: Mungkin selepas ini, kerajaan lebih teliti memastikan terma perjanjian projek lebuh raya tidak membebankan pengguna dan kerajaan?

Melihat kembali sepanjang tahun pembangunan ekonomi Malaysia, ia adalah sesuatu yang menggembirakan untuk mengetahui pemimpin negara mempunyai kebijaksaan dan pandangan jauh untuk menyedari bahawa inisiatif swasta adalah penting untuk membangunkan negara. Pelancaran Dasar Penswastaan pada tahun 1981 adalah untuk menggalakkan kerjasama antara sektor awam dan swasta. Program penswastaan pada tahun 1980-an membawa kepada sektor swasta membuat pelaburan besar, terutama dalam bidang pengangkutan, telekomunikasi dan tenaga. Pembinaan lebuh raya berperingkat awal iaitu lebuhraya Utara Selatan bertujuaan untuk membuka kawasan atau koridor di semenanjung bagi mencetuskan serta menggalakkan aktiviti ekonomi serta membuka peluang perniagaan di bandar kecil sekitar jajaran. Ketika itu, tumpuan kerajaan kepada pembangunan kemudahan dan keperluan asas bagi rakyat. Pada masa sama, sektor swasta sanggup membantu kerajaan membangunkan  infrastruktur dan mengambil risiko dalam pelaburan mereka. Ciri utama perjanjian awal menyediakan rangka yang memberikan sektor swasta beberapa kepastian dalam mendapatkan pendapatan daripada pelaburan yang dibuat melalui pinjaman komersial besar. Sejak 1980-an, perjanjian konsesi mengalami banyak proses tambah baik, antaranya kenaikan tol tidak secara automatik, penamatan awal tempoh konsesi selepas mencapai pulan gkan ditetapkan, bayaran penalti dan pelaksaan petunjuk prestasi utama (KPI) untuk setiap lebuh raya. Prinsip asas penambahbaikan adalah mewujudkan situasi menang-menang kepada rakyat, kerajaan, syarikat konsesi dan pelabur.

-BH

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori