• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TLDM Tubuh TAC Tangani Jenayah Di Perairan Negara

oleh Ahmad Albab
07/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menubuhkan pasukan ‘Tim Atur Cepat’ (TAC) bagi bertindak pantas terhadap kejadian jenayah di perairan negara.

Assisten Ketua Staf Operasi Eksesais MK TL, Laksamana Muda Datuk Pahlawan Mior Rosdi Mior Mohd Jaafar berkata TAC akan ditempatkan di Tanjung Pengelih, Johor yang merupakan kawasan tumpuan jenayah maritim di perairan negara.

“TAC terdiri dari dua kumpulan iaitu ‘Tim Tempur’ dan ‘Tim Penembak Tepat’ yang terdiri daripada 14 anggota…ia juga dibekalkan dengan dua helikopter Super Lynx dan Fennec serta sebuah bot tempur CB90.

1313245
Royal Malaysia Navy – AgustaWestland Super Lynx 300 Helicopters
eurocopter-555sn-as-fennec-650x365
Royal Malaysia Navy – Aerospatiale AS555 Fennec M502-1
cb-90-rmn-malaysia
Royal Malaysia Navy – CB90 M Aluminum Combat Patrol Boats

“Dengan wujudnya pasukan ini, jenayah seperti rompakan kapal dagang, aktiviti lanun dapat dipatahkan dengan pantas,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pertama ‘Anti Sea Robbery Cooperation Working Group’ (ASRC WG) di sini, hari ini.

Beliau berkata selain menjalankan operasi menyelamat ketika berlakunya kecemasan, TAC juga akan melakukan latihan di atas kapal dagang serta tangki bagi menunjukkan kehadiran pasukan ini di perairan negara.

“TAC ditubuhkan bukan hanya untuk bertindak waktu kecemasan sahaja…kita juga akan melakukan latihan di atas kapal-kapal besar yang sekali gus mempamerkan kehadiran kami kepada lanun,” katanya.

Mesyuarat ASRC WG dihadiri wakil Panglima Tentera Laut dari tujuh negara ASEAN terdiri daripada Malaysia, Brunei, Thailand, Singapura, Indonesia, Vietnam dan Myanmar.

Antara perkara dipersetujui dalam mesyuarat berkenaan ialah mewujudkan rangkaian hubungan antara negara anggota bagi mengawal keselamatan di perairan rantau ini terutamanya, kawasan barat daya Laut China Selatan. – BERNAMA

Tags: TLDM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Seorang Maut, 18 Selamat Dalam Insiden Bot Karam Di Perairan Pulau Perak

Seorang Maut, 18 Selamat Dalam Insiden Bot Karam Di Perairan Pulau Perak

27/11/2025
0

Seorang Maut, 18 Selamat Dalam Insiden Bot Karam di Perairan Pulau Perak Oleh Mynewshub  LANGKAWI, 27 November – Seorang individu...

Sembilan Individu Terkandas Akibat Tanah Runtuh Di Pulau Jarak Diselamatkan TLDM

Sembilan Individu Terkandas Akibat Tanah Runtuh Di Pulau Jarak Diselamatkan TLDM

27/11/2025
0

Sembilan Individu Terkandas Akibat Tanah Runtuh di Pulau Jarak Diselamatkan TLDM Oleh Mynewshub  LUMUT, 27 November – Hujan lebat berterusan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd