TINDAKAN terpuji seorang nelayan Thailand membantu dua pelancong asing yang tersekat dalam lumpur di sebuah pantai di Krabi meraih pujian netizen dan menjadi viral di negara itu, baru-baru ini.
Melihat kesukaran dua pelancong dari Norway itu, nelayan itu kemudiannya terus membantu dengan mengalihkan terlebih dahulu tripod, kamera dan beg pelancong terbabit sebelum membantu mereka.
Nelayan baik hati itu kemudian meniarapkan dirinya agar pelancong itu boleh berpaut dan berdiri bagi menyelamatkan diri.
Memetik BBC, nelayan itu dikenali sebagai Chat Ubonjinda, 44, dan Chat mengatakan pasangan itu dalam perjalanan pulang selepas melakukan aktiviti memancing di kawasan berhampiran.
Chat, anda memang hero sejati! Buat semua, contohilah perbuatan-perbuatan mulia seperti ini yang agak susah untuk dilihat pada zaman sekarang. – MYNEWSHUB.CC

