• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada DNA Khinzir Dalam Vaksin – Dr Hilmi

oleh Ahmad Albab
26/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Orang ramai tidak perlu khuatir kerana tiada vaksin yang diberikan kepada bayi baharu lahir mengandungi sebarang asid deoksiribonukleik (DNA) khinzir, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahya.

Beliau berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melakukan pemeriksaan menyeluruh terhadap sampel vaksin bagi memastikan tiada sampel yang mengandungi DNA haiwan itu.

“Kita periksa semua sekali vaksin yang diberikan oleh KKM dan memang tak ada langsung DNA khinzir, kita pun faham dan saya tahu tidak boleh bagi, mungkin timbul masalah apabila masyarakat terbaca buku oleh Jerry D Gray, seorang mualaf dan bekas tentera yang menulis tentang perkara ini,” katanya di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan Dr. Che Rosli bin Che Mat (PAS-Hulu Langat) yang meminta Menteri Kesihatan menyatakan adakah benar wujud Gerakan Antivaksin serta hujah mereka dan sejauh mana kebenaran ibu bapa muda yang menolak pemberian vaksin kepada anak mereka sejak bayi.

Beliau berkata antara hujah Gerakan Antivaksin yang wujud di media sosial adalah berhubung status halal sesuatu vaksin bagi orang beragama Islam serta program imunisasi bertujuan melemahkan umat Islam dengan mengandungi bahan haram; amalan perubatan homeopati dan tradisional yang dipercayai lebih selamat dan berkesan dan vaksin yang mengandungi bahan berbahaya dan boleh mengancam kesihata dan nyawa.

“Gerakan ini juga menyuarakan kerisauan mereka terhadap kesan sampingan vaksin, dan menyatakan tiada lagi penyakit berjangkit yang boleh dicegah melalui vaksinasi serta pengaruh sosial media tentang keburukan vaksin,” katanya.

Dalam pada itu, Dr. Hilmi berkata berdasarkan pemantauan KKM dari data klinik kesihatan menunjukkan bilangan kes-kes yang menolak vaksin di kalangan ibu bapa meningkat dari 470 kes pada 2013 kepada 1,292 kes (2014) dan 1,054 kes sehingga bulan Mei lepas.

Katanya kejadian penyakit cegahan vaksin dalam negara menunjukkan peningkatan dalam tempoh tiga hingga lima tahun lepas.

“Bilangan kes measles (campak) meningkat dari 235 kes pada 2014 kepada 539 kes sehingga September lepas, manakala penyakit Pertsis (batuk kokol) pula bertambah dari 497 kes(2014) kepada 655 kes tahun ini,” katanya.

Manakala bilangan kes Tetanus (kancing gigi) juga meningkat hampir dua kali ganda daripada 12 kes pada 2014 kepada 22 kes sehingga September lepas, katanya.

“Namun begitu trend peningkatan ini bukan hanya disebabkan faktor gerakan antivaksin tetapi merangkumi kurang kefahaman tentang kaedah pencegahan, kelewatan mendapatkan rawatan, kelemahan aspek pengurusan kes dan kontak serta peningkatan kedatangan warga asing yang tidak diketahui status vaksinasi mereka,” katanya. – BERNAMA

Tags: DNAkhinzir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Buka Kertas Siasatan Fitnah Senator Paksa Pengawal Peribadi Makan Khinzir

Polis Buka Kertas Siasatan Fitnah Senator Paksa Pengawal Peribadi Makan Khinzir

27/09/2024
0

Nibong Tebal: Polis membuka kertas siasatan berhubung kes fitnah membabitkan seorang Ahli Dewan Negara di Pulau Pinang kononnya memaksa pengawal...

DNA: Sah Itu Mayat Farah Kartini

DNA: Sah Itu Mayat Farah Kartini

18/07/2024
2

SUNGAI BULOH : Polis mengesahkan wanita ditemukan mati dipercayai dibunuh di ladang kelapa sawit Kampung Sri Keledang, Hulu Selangor, Selasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd