• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, December 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terbaik! Sikap Jujur Seorang Posmen Yang Tidak ‘Curi Kerja’

oleh AK-47
08/10/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALHAMDULILLAH, sebenarnya masih ada lagi manusia yang mempunyai sifat murni dan tidak pentingkan diri sendiri.

Kami yakin ramai yang tidak mengenali Syed Azmi, namun jika anda mengikuti di laman Facebooknya, dia banyak berkongsikan perkara-perkara baik yang boleh dijadikan ikutan dan teladan untuk semua.

Baru-baru ini, dia menceritakan pengalamannya ketika bertemu dengan seorang posmen yang begitu jujur dan tabah sewaktu bekerja.

Jom ikuti kisahnya seperti yang dikongsikan.

syed2

“Sewaktu kami menjamu selera makan tengah hari, hujan turun dengan lebatnya.

“Di kala itu juga, kami terlihat kelibat seorang posmen yang sedang menungu seketika bagi hujan reda setelah selesei menghantar surat di kawasan tersebut.

“Bayangkan, dengan keadaan cuaca hujan lebat dan dibelakangnya ialah restoran, saya yakin di dalam fikiran pakcik tersebut pasti membayangkan alangkah baiknya jika dapat menghirup secawan kopi panas.

“Orang ramai yang berada di dalam restoran itu pula seakan tidak mengendahkannya.

“Melihat keadaannya, saya yang berada di kafe terus membungkus Pai blueberri dan kemudian segera memberikan kepada pakcik terbabit.

“Pakcik nak teh panas?” saya bertanya, kemudian pakcik tersebut membalas, “tak boleh bang, kerja..”

“Tersentuh dengan keazaman pakcik tersebut, saya tetap mengajaknya untuk minum seketika namun dia menolak pelawaan kerana risaukan waktu kerjanya yang sangat sibuk.

“Pakcik berkenaan memberitahu akan makan pai yang diberikan bersama keluarganya dan berterima kasih kepada saya.

“Tidak lama kemudian hujan mula turun lebat dan saya berlari untuk mencari teduhan.

“Pakcik tersebut memandang saya dan memberikan senyuman, dia kemudiannya menyimpan pai yang diberikan.

“Sememangnya seseorang pakcik yang baik,” ujar Syed Azmi.

Sikap beginilah yang selayaknya dijadikan contoh kepada semua, sama ada daripada saudara Syed Azmi ataupun pakcik terbabit, kedua-duanya menunjukkan sikap yang sangat positif.

Cayalah bro! Kepada pakcik terbabit, anda sememangnya seorang yang jujur dan penuh nilai berintegriti sewaktu berkerja. Semoga sikap murni mereka ini menjadi ikutan kepada kita semua. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzqahmd 

Sumber: Facebook Syed Azmi

Tags: jujurstatus facebook
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lawak… Tempah Jack Kereta Tapi Terbeli Jack Mainan!

05/03/2018
0

MEMBELI-BELAH secara dalam talian sememangnya memudahkan dan sangat menjimatkan masa. Malah, hampir semua benda kini boleh dibeli dari rumah sahaja...

“Kepada Pemilik Kereta, Saya Minta Maaf” – Pelajar

19/11/2017
0

BUKAN mudah nak jumpa orang yang jujur mengaku kesalahan sendiri, malah bukan mudah juga bagi segelintir individu untuk mengaku bersalah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd