• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tempah 1 Unit iPhone 6s Tapi Dapat 5 Set Pula!

oleh
06/10/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELBOURNE — Deman telefon pintar terbaharu iPhone 6s keluaran paling canggih firma Apple nampaknya betul-betul mencetuskan suatu fenomena sensasi di seluruh dunia di sebalik harganya yang bukan murah pun.

Di China, bakal pembeli gajet ini sanggup menderma air mani mereka sendiri bagi mendapatkan tukaran produk itu di hospital tertentu malah di banyak negara, ada sanggup tidur beratur di luar kedai iPhone sejak lewat malam.

Namun, kisah moral di Australia ini bukan sahaja lucu tetapi di sebalik kegilaan ramai remaja mahu menjadi kumpulan pertama membeli iPhone 6s, pembeli wanita ini ternyata seorang yang berhati jujur dan tidak tamak.

Media tempatan melaporkan, Lisa Daniel dari Balnarring, Semenanjung Mornington, negeri Victoria dekat sini berasa bingung kerana mendapat sehingga lima unit telefon pintar itu meskipun dia hanya memesan satu sahaja.

Model iPhone 6s itu sebenarnya baharu dijual secara rasmi di pasaran seluruh Australia pada Jumaat serentak dengan beberapa negara maju lain, manakala kebanyakan negara Asia dijangka bermula pertengahan bulan ini.

Baca: Ingin Miliki Iphone 6s, Lelaki Dermalah Air Mani!

“Anehnya saya pula dapat gajet ini pada Isnin (28 September) lalu setelah saya masuk ke laman web telco saya, saya buat pesanan iPhone 6s dan barangnya tiba tepat lima hari lebih awal daripada tarikh pelancaran,” ceritanya.

Wanita ini mengulas lanjut: “Kemudian satu unit lagi tiba, dan kemudian satu lainnya. Sampailah kelmarin (Khamis, 1 Oktober), lima set iPhone 6s sudah pun ‘selamat’ dihantar melalui pos kurier ke pintu rumah saya.”

Lisa menyatakan, kelima-lima telefon pintar itu dikirim oleh syarikat perkidmatan kurier yang sama, sekali gus menyebabkan dia tampak berasa bingung dengan penghantaran secara berulang tersebut, bukan satu tapi lima!

“Pihak kurier ‘malang’ ini mungkin bosan mengirim ke rumah saya. Pekerja syarikat itu bahkan sempat bertanya apakah mereka pun boleh memiliki lima iPhone 6s, waima jika ia cuma dipinjam,” ujar Lisa secara berjenaka.

Pada satu ketika, pekerja kurier itu mengetuk pintu rumah Lisa ketika dia sedang menghubungi syarikat telekomunikasi tempat ia berlanggan talian telefon bimbitnya untuk melaporkan masalah luar biasa tersebut.

“Saya sedang tunggu maklum balas di telefon. Waktu mereka kembali berbicara kepada saya tentang masalah pengiriman kembali, saya berkata, ‘Anda tak akan percaya, tetapi set kelima baru sahaja tiba’,” katanya lagi.

Lisa akhirnya memutuskan untuk bersifat amanah dan mengembalikan keempat-empat unit tambahan itu, meskipun beberapa rakannya ‘marah’ kerana mereka sendiri masih menunggu kiriman tempahan iPhone 6s.

“Mereka semua kata, saya boleh lelong atau simpan sahaja baki empat yang terlebih itu, tetapi ibu saya pernah didik saya sejak kecil agar bersifat amanah dan tidak tamak apabila dapat rezeki bukan milik kita,” tuturnya.

Lisa mengatakan, penyedia perkhidmatan telekomunikasi langganannya menyebut kemungkinan ada masalah teknikal menerusi laman web mereka menyebabkan dia boleh ‘bertuah’ mendapat sehingga lima unit iPhone 6s.

“Itu cukup lucu. Saya masih tidak yakin apakah saya akan terima lebih banyak lagi,” katanya sambil menambah: “Saya minta maaf kepada kawan saya yang sedang tunggu iPhone 6s, tetapi ada 4 unit di rumah saya.”

Bahkan Lisa berharap perbuatan baiknya akan menerima balasan baik pada masa depan dan sempat bergurau: “Mungkin mereka akan ‘balas’ saya dengan hantar balik iPhone 6s itu kepada saya.” – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: applegajetiPhone
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kerajaan Tak Pernah Sekat Kebebasan Bersuara Rakyat

Next Post

KPDNKK Sedia Bantu Usahawan IKS Tembusi Pasaran Lebih Luas

Related Posts

Indonesia Larang Apple Jual iPhone 16

Indonesia Larang Apple Jual iPhone 16

28/10/2024
0

JAKARTA: Indonesia melarang Apple Inc daripada menjual peranti iPhone 16 terbarunya di negara terbesar di Asia Tenggara itu, dengan alasan...

Abang ‘Sado’ Ketagih Curi iPhone Pro Max Terperangkap

Abang ‘Sado’ Ketagih Curi iPhone Pro Max Terperangkap

11/06/2023
0

KULAI: Seorang lelaki berbadan sasa yang menggunakan pelbagai taktik sebelum melarikan iPhone terpakai dari beberapa premis di bandar raya ini,...

Next Post

KPDNKK Sedia Bantu Usahawan IKS Tembusi Pasaran Lebih Luas

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd