Friday, June 14, 2024

Creating liberating content

Nelayan Jumpa Mayat Tanpa...

LUNDU - Keterujaan seorang nelayan dan anak lelakinya untuk memperoleh hasil tangkapan yang...

Vladimir Putin Dedah Kehidupan...

MOSCOW - Presiden Russia, Vladimir Putin yang terkenal kerana merahsiakan mengenai kehidupan peribadinya,...

Anggota Tentera Perlu Siap...

PAPAR - Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) khususnya di Sabah diseru agar sentiasa...

Azizulhasni Raih Perak Acara...

KUALA LUMPUR - Pelumba elit negara, Mohd Azizulhasni Awang berjaya meraih pingat perak...

Tembak Mati 5 Pengikut Syiah Di Arab Saudi

Riyadh – Seorang lelaki bersenjata menembak mati lima orang di perhimpunan Syiah di timur Arab Saudi, lewat kelmarin sebelum ditembak mati polis dalam serangan dikaitkan dengan militan Negara Islam (IS).

Ia kejadian serangan terbaru dikaitkan dengan kumpulan militan itu di Arab Saudi sepanjang tahun ini.

Kejadian di Qatif itu berlaku dua hari selepas orang Syiah memulakan upacara sempena hari Asyura yang dianggap suci dalam kalangan mereka.

Jurucakap kementerian dalam negeri berkata: “Lima terbunuh termasuk seorang wanita. Kejadian berlaku jam 7 malam (waktu tempatan) selepas suspek membawa senjata automatik melepaskan tembakan rambang di dewan Syiah digunakan untuk keraian di Qatif.”

Katanya, suspek terbunuh apabila polis melepaskan tembakan balas. Kejadian masih disiasat.


Televisyen kebangsaan melaporkan penembak berkenaan berusia 20 tahun. Kumpulan menggelar dirinya Islamic State-Bahrain State mengeluarkan kenyataan mengatakan ‘askarnya’ Shughaa al-Dosari melakukan serangan itu.

Pada sambutan Asyura tahun lalu, lelaki bersenjata menembak tujuh pengikut Syiah termasuk kanak-kanak di Al-Dalwa. – AFP/myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori