• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Minimum RM50 Tambah Nilai Di Tol Jambatan P.Pinang

oleh Ahmad Albab
17/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Orang ramai hanya boleh membuat urusan tambah nilai minimum RM50 di lorong-lorong tambah nilai di Jambatan Pulau Pinang bermula hari ini.

Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad, Datuk Noorizah Abd Hamid berkata langkah itu diambil selepas kajian teliti dibuat terhadap lorong tambah nilai yang sering sesak dan mengganggu kelancaran lorong-lorong elektronik yang lain.

“Tindakan ini perlu dilaksanakan bagi mengurangkan kekerapan orang ramai membuat urusan tambah nilai di lorong tambah nilai di Jambatan Pulau Pinang,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Walau bagaimanapun, Noorizah berkata pelaksanaan ini dikecualikan untuk tambah nilai motosikal sedia ada yang mana pengguna masih boleh membuat urusan tambah nilai serendah RM5.

Katanya pengguna masih boleh menambah nilai serendah RM10 dan tanpa caj di Pusat Khidmat Pelanggan PLUS di bangunan pejabat Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang, Juru, Sungai Dua atau Plaza Tol Kubang Semang.

“Orang ramai juga boleh menambah nilai kad elektronik mereka di lebih 580 lokasi tambah nilai yang lain di sekitar Pulau Pinang termasuklah mesin-mesin ATM, stesen minyak, kedai serbaneka 24 jam, pasar raya terpilih dan lain-lain lagi,” katanya.

Kutipan tol secara elektronik dilaksanakan sepenuhnya di lima buah plaza tol di utara iaitu di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang, Bukit Kayu Hitam, Jitra, Kubang Semang dan Lunas bermula 9 Sept lepas. – BERNAMA

Tags: Jambatan Pulau PinangPulau PinangTol
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“PH Nak Jadikan Johor Seperti Pulau Pinang dan Selangor Macam Pelik”

“PH Nak Jadikan Johor Seperti Pulau Pinang dan Selangor Macam Pelik”

02/07/2026
0

BATU PAHAT – Dakwaan calon Pakatan Harapan (PH) DUN Senggarang, Onn Abu Bakar konon Pakatan Harapan (PH) mampu membawa pembangunan...

PMX Mungkin Maksudkan Pemimpin PH, Sombong Tak Fikir Orang Bawah Nak Harga Barang Turun – Shahrol Shiro

PMX Mungkin Maksudkan Pemimpin PH, Sombong Tak Fikir Orang Bawah Nak Harga Barang Turun – Shahrol Shiro

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pelakon Shahrol Shiro tampil dengan kenyataan sinis berhubung ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd