• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sufi Dinobat Juara Akademi Fantasia 2015

oleh Ahmad Albab
14/10/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persaingan sengit empat finalis Akademi Fantasia 2015 menobatkan peserta kelahiran Singapura, Sufi, 24, selaku juara di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini, malam tadi.

Kemenangan Mohammad Sufie Rashid sekali gus mengetepikan tiga pencabar lain membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 beserta trofi sumbangan Astro dan pakej percutian ke Dubai tajaan HNH Tours Sdn. Bhd. Sufi menyanyikan dua buah lagu iaitu ‘Andaiku Bercinta lagi’ dan sebuah lagu baharu yang berjudul ‘Kisah Dua Muka’ ciptaan beliau sepenuhnya.

Naib juara pula dimenangi oleh Syamel Aqmal Mohd Fodzly (Syameel), 22, yang mendapat hadiah wang tunai berjumlah RM30,000, trofi dan hadiah lain.

Tempat ketiga dimenangi oleh Nurnajmi Nabila Samsaidi (Bila), 19, yang membawa pulang wang tunai berjumlah RM20,000 beserta trofi manakala Muhammad Shahrul Amin Kamarozaman (Shahrul), 19, pula mendapat tempat keempat dan membawa pulang wang tunai RM10,000 beserta trofi.

Seramai 22 orang pelajar daripada 11 musim sebelum ini turut membuat persembahan menuju puncak pada malam kemuncak ini.

Barisan juri diketuai oleh juri tetap Datuk Ramli MS manakala juri jemputan pula ialah Datuk Aznil Haji Nawawi, Datuk AC Mizal dan Fauziah Datuk Ahmad Daud. – BHarian Online

Tags: AF 2015Sufi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pusat Sufi Sedunia Bakal Wujud Di Malaysia

30/07/2017
0

KUALA LUMPUR – Pusat Sufi Sedunia akan ditubuhkan di sini sebagai pusat untuk menjalankan kajian dan menghimpunkan pandangan mengenai amalan...

Digelar Ibu Anak Derhaka, Ini Penjelasan Sufi AF…

03/08/2016
0

KECOH apabila ibu kepada juara program Akademi Fantasia, Sufi Rashid iaitu Irma Suriani dikatakan telah memuat naik status melabel penyanyi itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd