• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SSM Promosi Usahawan Online Lebih Diyakini Pengguna

oleh
23/10/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

TIDAK ramai sedar, kehidupan seharian kita selama ini telah banyak dipermudahkan dengan pelbagai bantuan kecanggihan teknologi. Ini termasuklah transaksi jual beli yang dipanggil perniagaan online atau atas talian.

Ia bukanlah satu bentuk bisnes baharu, sebaliknya medium perniagaan cuma beralih daripada cara konvensional di premis jualan tetap kepada platform siber atau alam maya. Namun, kerisauan utama adalah soal keselamatan.

Justeru, selain keperluan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956, perniagaan online juga hendaklah mematuhi Peraturan Pengguna (Urus Niaga Elektronik) 2012.

Ini ditegaskan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hamzah Zainuddin ketika merasmikan Karnival SSM ONE atau Online Network Entrepreneurs di Pasir Gudang, Johor baru-baru ini.

Acara selama dua hari yang berlangsung pada 2 dan 3 Oktober lalu merupakan kedua diadakan selepas menerima sambutan hangat di Damansara, Selangor pada 4 dan 5 Jun; serta julung kali berlangsung di luar Lembah Klang.

image

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), merangkap Pengerusi SSM, Datuk Seri Alias Ahmad serta Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Datuk Zahrah Wahab.

Mengulas lanjut, Hamzah mengingatkan bahawa peraturan dikuatkuasakan KPDNKK ini tidak berniat untuk menyekat periuk nasi usahawan. Sebaliknya, ia bertujuan melindungi hak peniaga dan pengguna pada masa sama.

Peraturan itu malah membendung aktiviti-aktiviti yang cenderung kepada ketidakadilan bagi kedua-dua belah pihak, seterusnya, meningkatkan kepercayaan pengguna untuk membuat transaksi jual beli melalui online.

Penguatkuasaan perundangan dan peraturan ini sebenarnya untuk memperkasakan ekosistem perniagaan bertanggungjawab dan pada waktu yang sama, ia membantu pengguna untuk membuat pilihan secara lebih bijak.

Menyebut tentang transaksi melalui alam maya, SSM turut menyediakan pelbagai saluran khidmat elektronik atau e-services menerusi dalam laman sesawangnya iaitu www.ssm.com.my untuk kemudahan orang ramai.

12107094_901223726631698_2697536925496682564_n

Antaranya ujar Hamzah, MyCoID bagi urusan pemerbadanan syarikat, MyLLP bagi pendaftaran Perkongsian Liabiliti Terhad, e-Complaint bagi penyaluran aduan dan e-Compound bagi semakan status kompaun.

Juga kata beliau lagi, laman berkenaan ada disediakan perkhidmtan e-Search bagi semakan status entiti syarikat atau perniagaan, di samping e-Info dan e-CBID bagi pembelian maklumat korporat.

“Bagaimanapun, perkhidmatan untuk mendapatkan maklumat asas seperti ingin mengetahui sama ada syarikat atau perniagaan itu wujud atau sebaliknya adalah percuma menerusi laman sesawang SSM,” jelas beliau.

Cuma sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai sesebuah syarikat atau perniagaan seperti nama penuh pemilik, alamat dan sebagainya perlulah mengakses perkhidmatan e-Info dan sedikit fi dikenakan.

e-Info merupakan perkhidmatan secara dalam talian bagi kemudahan carian dan pembelian maklumat perniagaan dan syarikat yang berdaftar dengan SSM telah dilancarkan secara rasminya pada 12 Mei 2006.

tumblr_nvo7ct3XDk1ual4u5o1_1280

Ia sebenarnya telah pun berjalan dengan lancarnya hampir selama 10 tahun. Maklumat yang boleh didapati itu adalah maklumat perniagaan (ROB), maklumat syarikat (ROC) dan maklumat gadaian syarikat.

“Juga perbandingan maklumat kewangan 2 tahun terkini, borang maklumat syarikat, direktori korporat, maklumat surat penamatan perniagaan dan maklumat pemantauan syarikat,” kata Hamzah lagi.

Data yang diperoleh daripada sistem SSM e-Info adalah maklumat terkini, tepat dan sahih waima ia turut beroperasi 24 jam sehari, 7 hari dalam seminggu dan sistem ini boleh diakses dari dalam dan juga luar negara.

Pada 2014 lalu, perkhidmatan carian maklumat yang boleh dicapai melalui laman sesawang SSM ini telah pun menunjukkan kadar capaian kepada 179 buah negara daripada 195 negara di seluruh dunia.

Dalam pada itu Hamzah menyatakan, statistik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada 2013 menunjukkan terdapat 48 juta telefon bimbit berdaftar dengan 25% pengguna mempunyai 2 unit telefon.

Ut_HKthATH4eww8X4xMDoxOmdtO40mAx91

“Malah kira-kira 40% daripadanya adalah jenis telefon pintar iaitu berjumlah 9 juta set telefon. Ini menunjukkan permintaan tinggi kepada perkhidmatan melalui aplikasi telefon pintar,” kata beliau seterusnya.

Justeru, e-info SSM kini boleh diakses melalui Aplikasi Telefon Pintar pengoperasian IOS dan Android yang boleh dimuat turun dari App Store (IOS) atau Play Store (Android) dengan kata carian perkataaan SSM e-Info.

Perkhidmatan SSM e-Info dilihat sebagai satu langkah transformasi yang tepat bagi membantu kelancaran transaksi perniagaaan seperti aktiviti pelaburan dalam negeri dan dari luar negeri serta pembukaan akaun di bank.

Juga menawarkan perkhidmatan pinjaman kewangan, pengesahan kesahihan serta keutuhan syarikat dan perniagaan, perlesenan di samping permit perniagaan dan penguatkuasaan agensi.

SSM juga berjaya membangunkan perkhidmatan atas talian dikenali sebagai EzBiz. Melalui EzBiz, pemilk perniagaan kini boleh memperbaharui sijil pendaftaran perniagaan mereka secara atas talian tanpa caj tambahan.

12079050_900835206670550_207013223730129484_n

Baca: Kesedaran Usahawan Online Daftar Bisnes Makin Baik – CEO SSM

Juga: SSM-ONE Berjaya! – Platform Terbaik Buat Peniaga Online

Lagi: Fizo Omar Ikon SSM-ONE Contoh Usahawan Online

Malah, boleh buat bayaran kompaun sekali dengan pembaharuan perniagaan. Khidmat ini boleh didapati di laman SSM dan sebelum menjadi user, seseorang perlu datang sekali sahaja ke kaunter SSM bagi pengesahan identiti.

“Perkhidmatan ini mula diperkenalkan pada 17 September 2015 secara projek perintis dan akan dimuat naik secara rasminya pada 2 Oktober 2015 sempena berlangsung karnival SSM ONE di Johor,” kata Hamzah.

SSM juga ujar beliau lagi, sedang berusaha untuk meluaskan perkhidmatan EzBiz kepada perkhidmatan lain seperti pendaftaran perniagaan baharu dan penamatan perniagaan sedia ada.

Berbalik kepada program SSM ONE, ia merupakan satu inisiatif yang amat bagus dan berupaya membantu masyarakat peniaga mengembangkan perniagaan mereka.

Karnival ini menghimpunkan agensi kerajaan dan agensi kewangan yang menyediakan bantuan perniagaan serta keusahawanan. Usaha yang dilakukan ini menunjukkan sokongan SSM terhadap perniagaan secara online.

Dengan tagline “Be the ONE”, SSM ONE berhasrat menyatukan semua pihak, baik di peringkat kementerian, agensi kerajaan, agensi kewangan, sektor korporat, badan bukan kerajaan, peniaga dan pengguna.

“Pertemuan bersama rakyat ini ialah untuk rakyat. Perhimpunan ini juga merupakan ruang dan peluang untuk meluaskan jaringan strategik perniagaan seterusnya memperkasa pertumbuhan ekonomi negara,” tegas Hamzah. – Mynewshub.cc/HAA

Tags: atas talianonlineOnline Network EntrepreneursPerniagaanSSM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SSM Buka Siasatan Penipuan Skim Pelaburan Babit Kerugian RM1 Bilion

SSM Buka Siasatan Penipuan Skim Pelaburan Babit Kerugian RM1 Bilion

23/06/2023
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) membuka kertas siasatan berhubung kes penipuan skim pelaburan yang membabitkan kerugian RM1 bilion. Ikuti...

Bajet Dijangka Lebih Tumpu Perniagaan, Pembayar Cukai: LHDN

Bajet Dijangka Lebih Tumpu Perniagaan, Pembayar Cukai: LHDN

21/09/2022
0

PUTRAJAYA - Bajet 2023 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 7 Oktober depan dijangka lebih menumpukan usaha membantu kalangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd