• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Berjaya Selesaikan 781 Kes 2014

oleh Ahmad Albab
18/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 85 peratus daripada keseluruhan kes yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sepanjang tahun lalu berjaya diselesaikan.

SPRM dalam satu kenyataan media berkata, ia satu peningkatan berbanding 81.6 peratus kes berjaya diselesaikan pada tahun 2013 dan 75 peratus pada tahun 2012.

“Pada tahun 2014, SPRM telah membuka sebanyak 919 kertas siasatan di mana telah dapat menyelesaikan 85 peratus atau 781 kes.

“Kejayaan ini merupakan hasil program transformasi sektor operasi melalui pelaksanaan pendekatan pengurusan siasatan berpasukan (MTI),” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut SPRM, daripada sebanyak 919 kertas siasatan yang dibuka pada tahun 2014, 326 atau 35.5 peratus membabitkan kesalahan menerima rasuah.

Kata kenyataan itu, sebanyak 159 kes lagi melibatkan kesalahan memberi rasuah, tuntutan palsu (283), salah guna kedudukan (69) dan lain-lain kesalahan (82).

SPRM turut berbangga kerana jumlah pertuduhan yang dibawa ke mahkamah meningkat daripada 289 pada tahun 2013 kepada 317 pada tahun 2014.

“Begitu juga jumlah denda yang dikenakan oleh mahkamah ke atas pesalah rasuah iaitu RM13 juta di mana ia meningkat daripada RM11.6 juta pada tahun 2013,” kata SPRM.

Selain itu, kata SPRM, pencapaian dalam kadar sabitan masih berada di paras yang baik iaitu 78 peratus berbanding 54 peratus ketika SPRM dibentuk pada tahun 2009.

“Dalam pada itu, aset bernilai RM2.8 juta juga berjaya dilucuthakkan pada tahun 2014,” kata SPRM lagi. – mynewshub.cc

Tags: rasuahSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

17/07/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Semua akaun bank milik Cropmate Berhad dan anak-anak syarikatnya yang sebelum ini dibekukan berhubung siasatan...

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

13/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam dan aktivis, Siti Kasim mendakwa keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam menunjukkan bahawa mentaliti pengundi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd