• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Singapura Pamerkan Batu Permata Nadir RM42 Juta

oleh
14/10/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Pernahkah anda melihat sebiji batu nilam nadir yang berharga sekitar RM42 juta? Namun itulah yang dipamerkan di Singapura menerusi satu pameran eksklusif berlangsung selama seminggu bermula Sabtu.

Jika anda kepingin mahu melihat batu berharga yang jarang-jarang kelihatan itu, anda boleh berbuat demikian dalam pameran permata istimewa yang memaparkan sebutir batu nilam 48.95 karat dari Myanmar.

Pameran “Jewels of the Orient – An Exhibition of Rare Gems” atau Permata Timur – Pameran Permata Nadir itu dibuka kepada orang ramai bermula pada 10 Oktober sehingga 18 Oktober di Hotel Parkroyal di sini.

Dinamakan “Star of Genesis”, batu nilam itu bernilai AS$10 juta (S$14 juta = RM42 juta). Ia kelihatan berwarna biru di bawah lampu putih namun akan berubah menjadi ungu jika di bawah sinaran lampu kuning.

Batu yang tidak dipanaskan itu, masih lagi mengekalkan garis pertumbuhan semula jadi dan membentuk sebuah bintang apabila lampu bersinar ke atasnya, menurut stesen penyiaran pemerintah Channel NewsAsia.

Baca: Berlian 100 Karat Paling Sempurna RM80 Juta

“Ia dinamakan asterism, setelah dipotong jadi bentuk kubah yang dipanggil cabachon. Ia membolehkan pantulan cahaya memasuki batu dan bawa kembali ke mata bagi mewujudkan kesan bentuk bintang,” menurut Dennis Tan.

“Mencari batu saiz sebegitu yang tidak dipanaskan jarang berlaku, namun untuk menjumpai batu dengan saiz bintang serta warna yang berubah jarang berlaku,” ujar pengarah eksekutif firma permata Genesis-Global itu lagi.

Batu nilam itu dikellilingi 52 berlian berbentuk buah pear yang mencecah 11 karat. Pameran sembilan hari itu keseluruhannya menampilkan sekitar 150 batu permata bernilai AS$30 juta (S$41.8 juta = RM124 juta).

Permata yang dipamerkan di situ mempunyai kepelbagaian warna yang menarik, selain batu rubi nadir dari Myanmar yang tidak dipanaskan serta batu nilam unik yang belum lagi dirawat dari Colombia.

Turut dipamerkan ialah beraneka jenis hiasan istimewa yang berasal dari negara-negara seperti Mozambique, Sri Lanka, Australia, Rusia, Brazil dan Kenya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: nilamPERMATArubiSingapura
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

09/04/2026
0

REMBAU - Pemimpin negara lain diharap tidak membuat kenyataan berhubung pendekatan Malaysia dalam mendepani isu sekatan di Selat Hormuz. Menurut...

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

08/04/2026
0

SINGAPURA, 8 Apr - Singapura menegaskan tidak akan terlibat dalam sebarang rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat kapal atau kadar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd